• About
  • Lyrics
  • Gallery
  • Posts Tagged ‘warna’:

    Goodbye My Loyal Listeners!

    Written by admin on Wednesday, January 27th, 2010 ( 9 responses )
    Tags: , , , ,

    Setelah 3 tahun kini ku diudara setiap malam, berpisahlah kita akhirnya. Doakanlah agar ku bahagia dimana dan apa sahaja yang ku bakal lakukan.

    Memang terbuktilah ini bukan tempatku. Tiada seorang manusia yang dapat melawan dan membela nasibku. Lain orang, lain peluang. Rizki masing-masing. Rizki ku mungkin ditempat lain.

    Aku perlu melindungi anak isteriku sendiri. Fight my own battle. Tak boleh ku mengharapkan orang lain untuk memperjuangkan diri ku. Susah senang ku tanggung sendiri.

    Memang kecundang melihat orang lain dibantu bersungguh sungguh. Memang kecewa bila tidak dapat yang sama. Memang sedih bila yang memerlukan tak diutamakan, tetapi, aku sedar Akan kenyataan yang sebenar, Tuhanlah yang memberi bukan manusia.

    Mesti Ada sebab dan hikmah nya. Moga yang Benar dilindungi, yang salah diampuni. Amin

    The ZanDyn Show

    Written by admin on Wednesday, January 20th, 2010 ( Start discussion )
    Tags: , , , ,

    Dah lama saya Ingin bertugas secara berdua dan kini menjadi kenyataan. Banyak yg telah dipelajari dan masih belajar. Rupa-rupanya tidak mudah untuk berkerja duo. Nak kena sync pendapat, idea, sama setuju dan bermacam lagi.

    Memang lebih senang bekerja sendirian tetapi bagi saya lebih mencabar bila berdua. Itulah keseronokannya. Sebagai nakhoda kapal, sering harus mencari idea yg sesuai bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk anak kapal. Side kick, sparing patner atau gandingan juga harus boleh menimbang apa sahaja yang diberikan oleh nakhoda.

    Kreatif atau tidak, tergantung kepada kedua duanya iaitu pelakon dan penulis. Jika salah satu gagal menjalankan tugas dengannya baik, maka tak jadilah cerita yg ingin dipersembahkan.

    Kalau Ada dua nakhoda di masa yg sama, maka terbelah dualah kapal itu. Kedua duanya ingin berlakon dan tiada siapa yg menjadi penulis, maka tak adalah ceritanya. Juga sama sebaliknya jika ada dua penulis dan tiada pelakon.

    Lebih mudah untuk seseorang itu menulis dan melakonkannya sendiri dan idea itu dapat dilaksanakan dgn baik.

    Satu perkara yg menjadikan zandyn istimewa buat saya, adalah keyakinan diri dalam melaksanakan rancangan slap stick di radio seperti mana saya telah angan angankan sejak kecil lagi. Sumber inspirasi saya adalah rancangan komedi seperti gado gado, the sketch show, mr bean, the simpsons dan banyak lagi.

    Sama ada orang dapat menerimanya ataupun tidak, adalah sesuatu yg masih lagi belum terbukti kerana perjalanan zandyn masih jauh. Soalannya, mampukah kedua duanya meneruskan persetujuan untuk menjayakan persembahan sehala? Sebelum meneroka hutan, mungkin sekumpulan tetapi bila dah di tengah hutan, kumpulan mula berpecah mencari buah-buahan sendiri kerana sudah tau selok belok belantara.

    Blogs.mediacorpradio.sg/zan

    Written by admin on Tuesday, January 19th, 2010 ( Start discussion )
    Tags: , , , ,

    Salam semua! kini dj dj Mediacorp sudah ada laman blog rasmi buat pendengar.

    laman ni masih wujud walaubagaimanapun.

    Wordpress theme offered by MyDaysOf.com