• About
  • Lyrics
  • Gallery
  • Goodbye My Loyal Listeners!

    Written by admin on Wednesday, January 27th, 2010 ( 9 responses )
    Tags: , , , ,

    Setelah 3 tahun kini ku diudara setiap malam, berpisahlah kita akhirnya. Doakanlah agar ku bahagia dimana dan apa sahaja yang ku bakal lakukan.

    Memang terbuktilah ini bukan tempatku. Tiada seorang manusia yang dapat melawan dan membela nasibku. Lain orang, lain peluang. Rizki masing-masing. Rizki ku mungkin ditempat lain.

    Aku perlu melindungi anak isteriku sendiri. Fight my own battle. Tak boleh ku mengharapkan orang lain untuk memperjuangkan diri ku. Susah senang ku tanggung sendiri.

    Memang kecundang melihat orang lain dibantu bersungguh sungguh. Memang kecewa bila tidak dapat yang sama. Memang sedih bila yang memerlukan tak diutamakan, tetapi, aku sedar Akan kenyataan yang sebenar, Tuhanlah yang memberi bukan manusia.

    Mesti Ada sebab dan hikmah nya. Moga yang Benar dilindungi, yang salah diampuni. Amin

    Comments:

    1
    eija hasrizah said:
    on Wednesday, January 27th, 2010

    Zan.i support u all the way.Memang betul staff kontrak tidak terjamin and furthermore u r now married with kids sumore.Family comes first tapi if i were in ur position,me too felt sad to leave the job that u love…Sabar eh,mungkin ader hikmah nye dan mana tau in future time u ade more better job n more benefits…hehehe…Semoga segala impian dan kerjaya awak nanti memberi rahmat satu hari nanti…Insyaallah!!Take care bro…

    2
    Kak Gee said:
    on Wednesday, January 27th, 2010

    Salam Adik Zan…Kakak mengerti perasaan adik ketika ini sebab kakak telah melalui bayank cubaan sapertimana yg adik lalui dan rasakan ..Contok..Kakak pernah kerja dgn gomen selama hampir 20 tahun (hasad dengki manusia…rambut sama hitam hati lain2 kata org)..Lepas tu tak dpt kerja sampai setahun..cuba punya cuba dptlah satu kerja(syarikat guaman) pun tak bertahan (hasad org jugak)…tak pe sabar …cuba lagi….dpt lagi satu pat Fusion….(Buona vista)…tak jugak bertahan…org tak suka…tak apa….sabar lagi…dan telah lebih setahun kakak mengganggur…dh macam2 kerja apply tapi tak dpt…mungkin ada hikmahnya…Kawan suami kakak rekomen kerja.. rupanya kejadian pd diri kakak adalah satu cubaan dan dugaan buat kakak sehingga hari ini…Walaupun kakak terima ini semua sebagai cubaan dari Allah…namun dlm cubaan itu ada unsur2 yg tidak baik…dari segi syariat….Mungkin sudah bertahun2 kakak hadapi tapi tidak ketahui…sebab kita tidak ingat pd yg bukan2.Namun kakak hanya usaha untuk baik pulih diri dan tidak membalas. Walau apa pun…Allah yg mengizinkan segala2 nya meskipun ada perkara dan tujuan manusia yg Allh tidak redhai.
    Adik Zan…semoga Allah memberi adik ketenangan,kesabaran dan insya Allah, adik akan mendapat ganjaran yg jauh lebih baik. Maaf…kalau panjang lebar…Semoga adik sihat sejahtera disamping keluarga.

    3
    ms crap said:
    on Wednesday, January 27th, 2010

    All the best Zan….it would be a better choice…good luck…Niat baik datangnya baik juga..yang penting usaha :-)

    4
    Kak Ogy said:
    on Wednesday, January 27th, 2010

    If not for better, at least all the best.. Bukan untuk Zan sahaja, tetapi untuk semua ahli keluarga. Tiada yang kekal melainkan DIA. Kak Ogy amat kagum dengan keputusan yang Zan ambil ini, memang sukar untuk melepaskan atau meninggalkan apa yang selesa dan telah kita capai, lebih2 lagi setelah bekerja bersungguh2 untuk mendapatkan apa yang kita idamkan. Keberanian Zan mengambil langkah pertama demi mengubah corak masa depan keluarga adalah satu pengorbanan yang amat kak Ogy sanjungi. Syabas Zan..! Pandang langit dan lihat ada awan yang bergerak, begitu juga kita manusia harus bergerak, tak usah di kesalkan atas ketidak adilan yang mungkin tidak di sengajakan atau sebaliknya, mana ada manusia yang adil? Yang maha adil hanya Tuhan. Maafkan dan relakan sahaja Zan, mungkin dengan cara ini Zan akan dapat lebih ketenangan, jiwa yang tenang akan lebih mudah bergerak untuk maju di dunia juga di akhirat. InshaAllah. ALL THE BEST!

    5
    nawar Kasih said:
    on Wednesday, January 27th, 2010

    Zan, semalaman saya rasa terkilan akan keputusan kenapa zan berundur dari warna tanpa dahulu mempunyai pekerjaan yg kukuh. Alhamdulillah sekarang setelah baca blog zan, tahula saya yg zan perlukan kelebihan rezeki utk keluarga. Selalunya memang begitu apa yg kita sukai (pekerjaan) tak memberi kebahgiaan sepenuhnya. Zan, dimana2 ada politik, memang jelas terlihat tak keadilan diberikan kita. Tetapi ingat tuhan tu Maha Adil, langit tak selalu mendung, orang yg sabar pasti dicerahkan langit yg mendung itu. Semoga Zan jgn menyesali keputusan yg Zan telah diambil. Zan, akan saya kenang Zan dlm doa saya. Saya amat terharu n rasa klau saya terdaya nak mencerahkan fikiran zan yg mungkin dlm kesedihan. Pastinya Zan jgn tinggalkan solat n bersabar, pertolongan yg Maha Esa akan datang InsyaAllah. Sesuatu keputusan atau pekerjaan yg dilakukan atas niat yg baik demi utk keluaraga pasti ada ganjaranya. Semoga Zan akan mendapat pekerjaan yg juga Zan sukai dan lebih baik utk keluarga zan. Akhir sekali kpd Sapian Sapari, hidup ini tak lekang dari ujian, yg buruk atau baik datang daripada yg menciptakan kita, Dia Maha Mengetahui. Diuji kita kerana Tuhan kasihkan hambanya, tak dinaikan darjat sesaorang itu selagi tak diuji keimananya. Semoga Zan dan keluarga dilindungi dan diberi petunjuk kearah mendapat kebahgiaan dunia dan akhirat, Amiin Ya Rabbal A’lamiin.

    6
    emelya said:
    on Wednesday, January 27th, 2010

    Abg zan..update lagi tentang diri dan kegiatan k.. kami2 nak tau….InsyaAllah abg zan slalu dlm doa kami. :)

    7
    mat gila said:
    on Wednesday, January 27th, 2010

    Hai Zan, sedih dengar anda akan meninggalkan perkerjaan anda. I tak tau what’s going on tapi rezki kita ada dimana-mana asalkan niat kita ikhlas. I berdoa semoga anda berjaya dengan apa yg anda lakukan. Tiada orang lain yg dapat menggerti melainkan diri kita sendiri, jangan bersedih keep on going with what you think the best for your future…mungkin Warna bukan tempat rezeki anda tapi ditempat lain…
    All the best bro..do keep me update..

    8
    Hamba Allah said:
    on Wednesday, January 27th, 2010

    As Salam. Semoga kamu didalam keadaan yg tenang, sihat & lebih bersyukur. Nasihat saya pada kamu adalah, lebihkan attitude bekerja keras tanpa sebarang balasan, merendah diri, dan yang paling penting sekali, jagalah cara kamu berbicara mahupun bergurau – KERANA MULUT BADAN AKAN BINASA.

    Tidak semua yang mempunyai cara ‘kekasaran ketika berbicara’ sperti kamu. Gurauan kamu ternyata menyakitkan hati. Mungkin kamu tidak sedar ketika berbicara. Tapi ini adalah kenyataan.

    Saya dengan ikhlas akan berdoa pada Allah agar kamu diberikan tugasan yang lebih baik daripada dunia radio. Sekiranya mempunyai tugasan baru, harus ingat senantiasa – jaga cara kamu berbicara & bergurau. Kalau tidak perkara yg kamu lalui ketika ini akan berulang semula sehinggalah kamu benar2 sedar atas apa yg berlaku.

    Seperti mana yang kamu katakan – INI SEMUA ADA HIKMAH NYA.

    Harap kamu faham kekata itu. Bukan setakat menulis di website kamu ini. Bila menggunakan kekata itu, tolong ya fahamkan.

    Sebagai insan yang prihatin, saya berharap kamu berubah.

    p/s: perwatakan kamu tidak ubah dari pertama kali kamu muncul di kaca TV hingga sekarang, iaitu – angkuh.

    Assalammualaikum.

    9
    Gumbira Dot Com » Zan Bids Farewell to Warna said:
    on Wednesday, January 27th, 2010

    [...] Sapari, or better known as DJ Zan Sofiyan, as quoted from his blog have officially left Warna 94.2FM in end [...]

    What is your opinion?










    Wordpress theme offered by MyDaysOf.com