Kehidupan Sebagai DJ, bagiku….
Written by admin on Thursday, July 9th, 2009 ( 10 responses )
Memang sejak kecil lagi, aku mengikuti radio 2, kini dikenali sebagai Warna 94.2fm. Dari kecil lagi aku sudah berangan-angan untuk menjadi seorang DJ. Tahun 1999 menjadi sejarah bagiku, kerana dari pertandingan Kejora Ria 99 itulah, bakat ku dicongkil dan mulalah bidang seni untuk ku.
Aku diterima juga sebagai pelakon, memegang salah satu watak utama bagi drama bersiri Bara. Namun, hidup kegelamouran bukan lah matlamat ku. Aku masih ingin mendapatkan perkerjaan yang hingga kini, masih lagi aku yakin bahawa dalam bidang hiburan, hanya radiolah, sebenar-benar pekerjaan. Dunia lakonan tidak menjanjikan gaji yang tetap mahupun CPF yang semua orang inginkan.
Namun kini, 3 tahun aku berada di radio, masih lagi aku memegang pekerjaan kontrak yang tidak terjamin. Tahun demi tahun, kontrak aku diperbaharui.
Sebagai pekerja kontrak, aku tidak menpunyai bonos mahupun benefits seperti keperluan medical dan sebagainya. Mungkin sesuai untuk mereka yang bujang, tetapi tidak pula bagi ku yang mempunyai keluarga ku sendiri.
Sukar untuk difahami apakah rintihan sebenarnya bagi pekerja kontrak seperti aku ini. Pekerja tetap yang mungkin terjamin perkerjaannya akan merasakan diri mereka beruntung berbanding para kontraktor.
Bagi ku, pekerjaan ku tidak ada bezanya dari mereka yang bergelar permanent. Namun, keuntungan kita berbeza.
Adakah ini masanya untuk aku meninggalkan perkerjaan yang aku sayangi setelah 3 tahun? Aku harus fikirkan masa depan anak dan isteriku. Seandainya aku ditimpa penyakit, tidak ada jaminan kontrak ku akan disambung. Harus juga aku tanggung kos rawatan aku dan sebagainya.
Bila kemelesetan ekonomi sebegini, gaji aku turut dipotong seperti yang lain, termasuklah pekerja tetap. Alangkah sedihnya dan diibarat, jatuh tangga ditimpa tangga. Lebih perit bagi aku yang memang sudah cukup-cukup makan dengan gaji ku yang tidak seberapa.
Aku rasa sedih bila memikirkan untuk meninggalkan pekerjaan yang memang menjadi impian aku selama ini. Hanya keadaaan kini tidak secerah dulu. Memang lumrahnya kini syarikat-syarikat melihat keuntungan yang besar untuk mengajikan pekerja kontrak lebih berbanding pekerja tetap.
Ramai yang beranggapan bahawa semua DJ bergaji besar dengan pekerjaan yang mudah. Mungkin itu untuk mereka yang lebih mapan. Ketika dahulu cara pengurusannya berlainan dari kini. Yang bertuah adalah mereka yang telah bertapak sejak awal-awal lagi tetapi bukan bagi aku.
Soalanya sekarang, seandainya aku meninggalkan tempat ini, apakah yang boleh aku lakukan untuk kehidupan aku seterusnya? Aku sudah terlalu selesa dengan pekerjaan aku, tetapi bukan gaji dan benefitsnya.


Comments:
on Thursday, July 9th, 2009
Kak ogy bersimpati dengan apa yang sedang Zan lalui sekarang. Memang kadang2 kita di beri ujian dalam mengambil sesuatu keputusan untuk menentukan arah masa depan.
Pesan kak ogy hanya satu, apa yang kita sayang semuanya tidak akan berkekalan, selagi kita tidak serahkan kepada Yang Maha Penyayang, minta kepadaNYA diberi jalan dan di buka pintu keputusan yang dapat menenangkan dan menceriakan untuk diri sendiri agar dapat beramal dengan sempurna, tak lupa juga untuk semua yang di sayang.
walau apa pun keputusan Zan, kak ogy tetap mendoakan Zan.
on Thursday, July 9th, 2009
Salam Zan, kak ogy nak sambung..hehe..biasalah orang tua..kalau bercakap tak boleh stop..
Ramai orang beranggapan pekerja tetap lebih beruntung..TETAPI tahukah Zan, pekerja tetap juga ada risiko untuk di berhentikan kerja serta merta? Malah kalau mereka ‘tidak sedar diri’ tekanan bagi mereka lebih dahsyat kerana tidak bersedia.
Percaya kepada diri sendiri adalah anak kunci bagi setiap pintu kemewahan. Percaya kepada Tuhan adalah kunci utama untuk semua pintu kejayaan. Jangan fikirkan apa yang akan kita lakukan untuk menjamin masa depan, fikirkan apa yang telah kita lakukan dan dapatkan pandangan dari berbagai pihak untuk memperbaiki kegenjotan. Sekurang2nya kita dapat kepuasan harga diri selama tenaga kita di perlukan dalam sesebuah syarikat.
Kak ogy cakap dari pengalaman sebagai pekerja tetap yang telah di berhentikan. Mudah2an ia dapat melegakan sedikit kegelisahan Zan atau sesiapa yang baca pendapat di ruang ini.
Terima kasih Zan. Maaf zahir batin.
on Thursday, July 9th, 2009
Bersabar, Bertawakkal, percaya pada diri sendiri. Berdoa kepada yang Maha Esa.
Yang penting, buat yg terbaik ya….Amin.
on Thursday, July 9th, 2009
Kemiskinaan Hidup yang dilalui adalah kenagan yang diselimuti dengan kebahagiaan
Impian yang di inginkan sentiasa penuh dengan cabaraan.
Setelah kejayaan menjulang, ramai yang tersenyum dan berkata “Syabas”. Kesyukuran tidak putus-putus di ucapkan. Sampai mana kah kita, bisa mengejar impian? Sedangkan kita insan yang tiada hari tentu kematiaan. Tabahkan lah hati dan sentiasa ingati Allah s.w.t semoga kecacatan yang kamu lalui ada hikmah kerjayaan.
Salam Radio
LiaZon
on Thursday, July 9th, 2009
Salam Zan ,saya setuju amat dengan kak ogy apapun pekejaan memang ada risikonya,yang penting kesabaran dan minat terhadap pekejaan itu,orang yang bersabar pasti terhidang seribu kejayaan sama ada dia masih bujang ataupun sudah berumahtangga,minta maaf saya yakin Zan adalah orang amat sabar mestipun mengeluh tu biasalah sebagai manusia(terimalah nasihat iklas dari saya jangan menbanding-bandingkan perkerja contract atau pekerja bukan contract yang penting bila celik saja mata kita kita masih ada perkerjaan yang boleh dilakukan)minta maaf banyak- banyak( bukan untuk Zan saja tapi termasuk diri saya juga memandangkan dengan keadaan ekonomi sekarang ini.Assalamuailaikum.
on Thursday, July 9th, 2009
SYukran… Alhamdulilah…
Kadang kalanya, kita terlupa akan adanya nikmat itu dan akan menyedarinya hanya setelah ia tiada.
Mudah-mudahan, saya berharap, dapatlah rizki yang halal dan berkat, walau apa pun pekerjaannya. Seperti dikatakan cek salim, tak kira kontrak atau kekal, kalau rizki kita setakat itu, itu sahajalah bahagian kita.
Terima kasih semua… tersenyum saya.
on Thursday, July 9th, 2009
Zan quote “Aku sudah terlalu selesa dengan pekerjaan aku, tetapi bukan gaji dan benefitsnya.”
Not everybody hold their dream job…bersyukurlah kerana anda telah memilikinya.
Imagine day in day out you do not love what you are doing….boleh sakit tau!
Rezeki anak dan isteri juga ada…ianya telah di tetapkan oleh NYA. Ada usaha InsyAllah makmur kehidupan kita.
on Thursday, July 9th, 2009
I thot I post something here…hmm kena delete by admin kot….I dont thing it something offensive??
Anyway its reflect somthing about you already…tidak boleh di tegur kot…hahaha
on Thursday, July 9th, 2009
bro,pls pm me thru email.thanks.
on Thursday, July 9th, 2009
salam,zan.
sabar aje zan,orang tak de kerja lagi susah.zan set target le,brapa lama akan berada di radio dan di samping tu cari la peluang2 lain.apapun saya doakan zan akan dapat diambil secara permenent satu hari nanti.committment mesti 100 persen ha…InsyaAllah.
What is your opinion?