‘apa yg belum & ingin anda lakukan untuk keluarga, teman, pasangan anda. jika diberikan peluang, agar mereka dpt tersenyum bila teringatkan anda’
Written by admin on Thursday, February 26th, 2009 ( 3 responses )
Seorang pendengar Warna Kasih telah mengirim email agar kita ketengahkan topic yang akan membuat anda terfikir sejenak.
‘apa yg belum & ingin anda lakukan untuk keluarga, teman, pasangan anda. jika diberikan peluang, agar mereka dpt tersenyum bila teringatkan anda’
Mungkin bagi yang perihatin sahaja akan duduk dan fikirkan dan sekurang-kurangnya berangan-angan untuk memberi sesuatu kejutan kepada orang yang anda hargai dan kasihi. Memang untuk mengikhtiarkannya sesuatu usaha yang mengambil tenaga atau masa.
Tetapi, seandainya anda diberikan peluang, apa yang ingin anda lakukan buat orang disayang? Mungkin yang tak pernah-pernah masak ingin belajar masak? Atau yang tak pernah-pernah keluar Negara jauh, ingin membawa keluarga melancong bersama? Ataupun kejutan seperti membelikan sayang anda sebuah kereta?
Hahahah… semua ini kalau saja. Tapi angan-angan boleh menjadi cita-cita, boleh tercapai tau.
Kalau punya pasal, semua ok. Jadi, Kalau anda boleh, apa yang ingin diberikan kepada pasangan anda?
Kita bersantai malam ini, dan ukirkanlah senyuman, walaupun angan-angan saja, buat yang disayangi.
Ha, dari kecil lagi, ibu saya inginkan Rantai Kapal Emas, kalau lah kalau, saya berkemampuan, akan ku belikan ibu kesayanganku rantai kapal emas.
Anda pula bagaimana?
Kongsi lah bersama.
Tidak ada betul mahupun salahnya dalam pandangan anda. Semua ini merupakan WARNA KASIH dan kita tanamkan Cinta, Kasih dan Sayang dalam jiwa kita.


Comments:
on Thursday, February 26th, 2009
Ingin pergi Haji dan Umrah bersama. Tapi 1st, cari duit dulu, belajar pasal bisnis yang menguntungkan menjadi usahawan yang berjaya, Amin
on Thursday, February 26th, 2009
Nak belajar jahit baju kurung lelaki untuk suami tersayang, tapi dari dulu memang tak pandai dan tak suka menjahit, entah bila boleh capai angan2..jahit butang baju pun malas..jangan marah bang..
on Thursday, February 26th, 2009
kalau diberi peluang nak rasa bagaimana jadi wanita yang mengandung dan melahirkan agar tahu bagaimana sakitnya supaya saya dapat terus menghargai isteri dan ibu yang tersayang.maaf zan ini satu igauan saja seperti kata peribahasa kita berat sama dipikul,ringan sama dijulang,tapi kalau benar-benar saya diberi peluang hendak rasanya seperti kak Ogy menjahitkan baju kurung untuk isteri dan anak perempuan saya agar bergaya apabila beraya dengan baju buatan saya sendiri.sekian Terimakaseh
What is your opinion?