Bangkitkan semula rasa cinta anda
Written by admin on Thursday, February 26th, 2009 ( One response )
Memang lumrah, hanya manusia yang diciptakan dengan perasaan bosan. Bayangkan, haiwan-haiwan peliharaan kita seperti kucing, jemu dan bosan dengan makanan kucing yang kita sering berikan kepadanya. Manusia sering jemu dengan makanan yang sama, pekerjaan yang sama, pakaian yang sama, dah pulak tu, pasangan yang sama. Ada sesetengah golongan yang akui bahawa mereka sudah jelak dengan pasangan mereka. Bagi lelaki, mereka kata isteri mereka tak secantik dulu atau si isteri katakan suami mereka sudah tak berambut, perut dah boncit, dah tak macho lah.
Renungkanlah. Ramai diantara kita yang makan nasi setiap hari. Tetapi dari kecil lagi kita tidak jemu. Nasi digoreng, nasi berlauk yang diubah, dibuat ketupat, dibuat lontong, nasi lemak, briyani dan sebagainya.
Boleh atau tidak, kita mencari setiap hari, sesuatu yang menarik, sesuatu yang boleh membuat kita jatuh cinta sekali lagi dengan pasangan kita bagaikan hari pertama kita bertemu.
Apakah caranya untuk anda hilangkan rasa jemu dalam rumah tangga anda?


Comments:
on Thursday, February 26th, 2009
Bosan? Jemu? Tak kuasa? Tiada sefahaman lagi? Jelak? Kotor? Tak Malu? Kurang Hajar?
Jika anda yang berfikiran begini, anda adalah seorang yang cepat mengaku kalah & kolot!!!
Cara anda berfikir seperti ikan dalam fish tank!
Cara anda berhibur hanya seperti orang utan di zoo negara.
Ubahkan pemikiran anda, ubahkan cara diri anda, Ubahkan perbualan anda, ubahkan kegelapan dalam diri anda.
Kenapa diri anda? Salah apanya dengan diri anda?
Mari saya kongsi sedikit bersama anda semua!!!!
Cantik mana seseorang insan, ada kecacatannya!
Buruk mana seseorang insan, ada keburukkannya!
Rumahtangga adalah sebuah mahligai, istana aman, taman permainan, tempat riadah yang selesa.
Untuk membina ini semua, datangnya dari dua insan yang penuh dengan cita-cita & Kasih Sayang.
Perhatiaan yang mendalam & Keikhlasan yang murni. Dua insan yang ingin melihat anak mereka & digelar nenek suatu hari nanti!
Diri kita sendiri harus bermain peranan. Tak perlu nak tukar citarasa. Apa yang harus kita tanam dalam diri kita, adalah iman sebagai seorang insan.
Fikirlah, dunia ini berputar hingga hari khiamat. Diri kita pula tak tentu hari kematiaannya. Sepatutnya, minda kita harus sentiasa terbuka. Fikir tentang yang dapat dilakukan oleh kemampuan diri kita, bukan kepaksaan dari diri kita. Sayang diri sendiri dan luahkan kasih sayang itu pada yang terdekat. Ingat siapa diri anda. Jangan pergi terlalu jauh atas keegoaan. Pergi jauh atas kebahagiaan yang anda luahkan.
Setelah diri kita berubah, sekeliling insan juga akan rasa perubahan itu dan syukur padanya. Cuba lakukannya, Anda akan rasa lebih tenang dan lebih aman. Suami atau isteri yang anda katakan jelak, buruk dan sebagainya akan hilang jauh bersama keangkuhaan diri anda.
Percayalah pada diri anda sendiri!
What is your opinion?