Peranan utama diabaikan
Written by admin on Thursday, February 26th, 2009 ( 2 responses )
Seorang pendengar telah mengirimkan pandangan dan ingin warna kasih mengetengahkan topic ini.
Dikatakan beliau terdengar di radio Warna bahawa seorang penceramah yang mengatakan, peranan pasangan suami isteri adalah sebagai isteri atau suami adalah yang utama dan yang pertama sebelum memainkan peranan sebagai seorang ibu atau bapa.
Beliau tidak setuju dengan pendapat sedemikian. Dikatakan, sebagai seorang ibu, haruslah bertanggunjawab dengan anak yang telah dikandungkan. Beliau juga menambah, sebagai seorang anak pula, mereka tidak diminta dilahirkan, dari itu, haruslah kita memainkan peranan kita untuk memberi perhatian, dan membesarkan mereka dan memberi tumpuan yang sepenuhnya dan peranan kita sebagai ibu dan bapa, haruslah dijadikan peranan yang pertama. Kemudian, barulah peranan kita sebagai suami atau isteri dijalankan. Sebagai contoh, seandainya anak yang menangis kelaparan dan inginkan susu dan serentak suami yang minta disajikan kopi kerana mengantuk. Siapakah yang harus dilayani dulu? Mestilah bayi yang kelaparan. Suami harus membuat sendiri kopi yang diingini.
Sinario yang membuat kita terfikir sejenak. Jadi yang disoalkan ialah peranan pertama. Antara sebagai pasangan suami isteri, atau ibubapa, mana yang menjadi utama kalau harus membuat pilihan?


Comments:
on Thursday, February 26th, 2009
Kenapa harus issue seperti ini harus masih di pertikaikan? Dah zaman 2009 bukan 1930an!!!!
Bukankah peranan seorang IBU itu adalah datang dari seorang isteri?
Bukankah peranan sebagai seorang BAPA itu datangnya dari seorang Suami?
Kenapa harus kita yang berbangsa Melayu harus pertikaikan peranan seperti ini?
Kita bangsa Melayu, dikenal sebagai bangsa pahlawan, bangsa lemah-lembut, tutur bahasa dan penuh tatah-susila. Mana perginya tu semua?
Sebenarnya tiada peranan yang di issuekan. Persefaham antara isteri & suami. Tolong-menolong antara isteri & suami. Allah s.w.t memberi kita berdua seorang insan yang digelar “Anak”. Tanggungjawab pada kedua-duanya, bukan pada isteri atau suami.
Bertolak-ansur, hormat-menghormati. Bukan tolak kesusahan dan ambil kesenagan. Fikir kan secara professional! Jangan main hentam hukum isteri dan suami. Anak, cahaya kehidupan sepasang suami isteri bukan untuk kesusahan suami isteri.
Siapa yang hantar ni? Tak pandai-pandai ke?
on Thursday, February 26th, 2009
Salam Muliati Zon, salam ukhwah dan salam kenal buat anda dari kakogy yang daif. Kakogy minta maaf kalau pandangan kakogy tidak sehaluan dengan anda, tetapi kakogy tetap menghormati pandangan anda tentang isu ini.
Kita telah banyak disogokan dengan cerita2 tentang anak2 yang telah mengabaikan kedua ayah atau ibu yang telah mencapai usia emas dan tidak berdaya, oleh media massa, akhbar, tv dan radio. ADAKAH IA MENINGGALKAN KESAN MENDALAM terhadap diri kita? Atau adakah kita hanya bersimpati dan beranggapan “Ala, itu anak orang, bukan anak kita..tak kanlah anak kita akan buat macam itu”.
Siapa yang akan diberi keutamaan dalam keadaan terdesak adalah hak masing2 individu.Tiada siapa yang kurang pandai dan tiada siapa yang pandai dalam buat keputusan. Begitu juga dalam memberi pandangan tiada siapa yang betul dan tiada siapa salah, kita harus berfikiran terbuka dan saling menghormati kepada setiap pandangan juga kepada setiap pengirim yang mengirim isu yang mungkin kurang selesa kepada sesetengah dari kita.
Maaf sekali lagi.
What is your opinion?