• About
  • Lyrics
  • Gallery
  • Archive for July, 2009

    Kehidupan Sebagai DJ, bagiku….

    Written by admin on Thursday, July 9th, 2009 ( 10 responses )

    Memang sejak kecil lagi, aku mengikuti radio 2, kini dikenali sebagai Warna 94.2fm. Dari kecil lagi aku sudah berangan-angan untuk menjadi seorang DJ. Tahun 1999 menjadi sejarah bagiku, kerana dari pertandingan Kejora Ria 99 itulah, bakat ku dicongkil dan mulalah bidang seni untuk ku.

    Aku diterima juga sebagai pelakon, memegang salah satu watak utama bagi drama bersiri Bara. Namun, hidup kegelamouran bukan lah matlamat ku. Aku masih ingin mendapatkan perkerjaan yang hingga kini, masih lagi aku yakin bahawa dalam bidang hiburan, hanya radiolah, sebenar-benar pekerjaan. Dunia lakonan tidak menjanjikan gaji yang tetap mahupun CPF yang semua orang inginkan.

    Namun kini, 3 tahun aku berada di radio, masih lagi aku memegang pekerjaan kontrak yang tidak terjamin. Tahun demi tahun, kontrak aku diperbaharui.

    Sebagai pekerja kontrak, aku tidak menpunyai bonos mahupun benefits seperti keperluan medical dan sebagainya. Mungkin sesuai untuk mereka yang bujang, tetapi tidak pula bagi ku yang mempunyai keluarga ku sendiri.

    Sukar untuk difahami apakah rintihan sebenarnya bagi pekerja kontrak seperti aku ini. Pekerja tetap yang mungkin terjamin perkerjaannya akan merasakan diri mereka beruntung berbanding para kontraktor.

    Bagi ku, pekerjaan ku tidak ada bezanya dari mereka yang bergelar permanent. Namun, keuntungan kita berbeza.

    Adakah ini masanya untuk aku meninggalkan perkerjaan yang aku sayangi setelah 3 tahun? Aku harus fikirkan masa depan anak dan isteriku. Seandainya aku ditimpa penyakit, tidak ada jaminan kontrak ku akan disambung. Harus juga aku tanggung kos rawatan aku dan sebagainya.

    Bila kemelesetan ekonomi sebegini, gaji aku turut dipotong seperti yang lain, termasuklah pekerja tetap. Alangkah sedihnya dan diibarat, jatuh tangga ditimpa tangga. Lebih perit bagi aku yang memang sudah cukup-cukup makan dengan gaji ku yang tidak seberapa.

    Aku rasa sedih bila memikirkan untuk meninggalkan pekerjaan yang memang menjadi impian aku selama ini. Hanya keadaaan kini tidak secerah dulu. Memang lumrahnya kini syarikat-syarikat melihat keuntungan yang besar untuk mengajikan pekerja kontrak lebih berbanding pekerja tetap.

    Ramai yang beranggapan bahawa semua DJ bergaji besar dengan pekerjaan yang mudah. Mungkin itu untuk mereka yang lebih mapan. Ketika dahulu cara pengurusannya berlainan dari kini. Yang bertuah adalah mereka yang telah bertapak sejak awal-awal lagi tetapi bukan bagi aku.

    Soalanya sekarang, seandainya aku meninggalkan tempat ini, apakah yang boleh aku lakukan untuk kehidupan aku seterusnya? Aku sudah terlalu selesa dengan pekerjaan aku, tetapi bukan gaji dan benefitsnya.

    Wordpress theme offered by MyDaysOf.com