• About
  • Lyrics
  • Gallery
  • Archive for January, 2009

    Dah Besar Nak Jadi Apa?

    Written by admin on Thursday, January 29th, 2009 ( Start discussion )

    Kita sering mendengar kata-kata, “Anak-anaklah, merupakan kebanggaan kita.” Dimana, kita ketahui, seandainya anak kita berjaya, kita turut menjadi bangga.

     

    “Anak saya seorang Ustaz, beliau belajar di Universiti Al-Azhar. Kini, dah bergelar Ustaz” Cik Aziz membuat kenyataan dengan penuh kemegahan.

     

    Seorang ayah yang bangga pula mengatakan, “Anak ana pula, baru tamatkan pengajiannya di NUS. InsyaAllah tahun depan dia akan mengambil Masters lah.” Kata cik Osman.

     

    Yang lagi satu terdiam. “Haiz… Mereka ni semua berkemampuan untuk menghantarkan anak-anak mereka sampai ke Universiti. Kenapalah anak aku ni susah sangat nak belajar”

    Kata Cik Adam.

     

    “Kenapa anta diam je? Anak anta sekarang buat apa pula?” Tanya Cik Aziz pada Cik Adam.

     

    “Oh… si Nizam ni minat sangat dengan bola. Dia sekolah setakat ITE je. Nanti dia tahu lah masa depan dia sendiri”

     

    Kata Cik Osman, “Boleh hidup ke jadi pemain bola ni? Bilang dengan anak awak tu, pelajaran itu penting”

     

    Mungkin pada dasarnya, sinario ini kelihatan bagaikan pertandingan. Anak siapakah yang paling hebat atau pandai, tetapi pada mata kaca seorang ayah pula berlainan. Tidak dinafikan, ada juga ibu bapa yang menyokong apa juga minat si anak, tidak kira ingin menjadi seorang pemuzik atau seorang pensyarah.

     

    Ada ramai juga yang berpendapat bahawa tidak kira apa yang ingin dilakukan si anak, pendidikan hingga ke menara gading merupakan asas yang betul, kerana ilmu itu penting. Di sini, ramai yang tidak membangkang bila disebut kepentingan untuk menimba ilmu. Tetapi, di masa yang sama, ada sesetengah anak muda mengatakan bahawa pilihlah arah pendidikan ataupun carilah ilmu yang diminati seperti yang mengemar muzik, pililah jurusan yang berkaitan dengan muzik seperti Universiti Berkly ataupun Kejuruteraan Bunyian dan Audio, walaupun ibubapa menginginkan mereka menjadi seorang doctor ataupun seorang peguam.

     

    Pada umumnya, ibu bapa akan mengatakan, bahawa anak-anak terlalu muda untuk membuat pilihan mereka. Dari itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan apakah jurusan sebenar atau arah pendidikan yang sebaik-baiknya untuk anak-anak mereka. Golongan sebegini mengatakan, sekurang-kurangnya mereka memegang ijazah yang baik, seandainya apa yang mereka ingin ceburi gagal, mereka boleh berpaling arah dan mengunakan ijazah atau kelulusan mereka.

     

    Anak-anak, sama ada mereka seorang usahawan atau pemain bola sepak terkenal, seorang peguam ataupun seorang buruh kasar, adalah anak kepada pasangan ibu bapa itu. Dalam sinario sebegini, apakah baik dan buruknya, menetapkan arah dan pilihan kerjaya untuk anak-anak anda?

    Anakku ada…..

    Written by admin on Thursday, January 29th, 2009 ( Start discussion )

    Menyusuli topic perbincangan kita pada beberapa hari yang lalu, hormat dan takut, ramai yang katakan tentang peri perlunya kita menjadi teman kepada anak-anak, tidak boleh membuat mereka takut lagi, malah harus mendengar, memahami dan menghormati mereka agar ibu bapa akan dihormati kembali. Nah, malam ini, kita akan ketenggahkan topic perbualan yang berjodol……

     

    ANAKKU ADA MATA AIR

     

    Haha… Alahai. Saya berikan scenario kepada anda, anak perempuan yang dalam usia remaja mereka, mungkin 14 hingga 16 tahun, bertemankan anda, duduk bagaikan teman, menceritakan tentang “boyfriend”nya kepada anda. Ha. Apakah reaksi anda? Sebagai kawan kini, tentunya anda tidak boleh marah-marah, anda nak kena tunjukkan rasa ghairah juga, rasa teruja dan gembira. Itulah teman bukan? Ataupun nasihat-nasihatnya tidak boleh merupakan atau bunyi sesama sekali bagaikan leteran. Lari kawan tu.

     

    Apakah peranan anda bila anak-anak anda mempunyai mata air? Adakah anda akan memarahi ataupun cuba memahami kehendak dan keiinginan mereka. Turuti atau membangkang? Setuju atau tidak setuju, yang ditakuti, mereka akan lakukan secara senyap-senyap dan sembunyi-sembunyi.

     

    Kecil-kecilan atau besar-besaran. Terang-terangan atau sembunyi sembunyi, yang diketahui atau yang dirahsiakan, yang dilafaskan ataupun di dalam hati. Setiap remaja, mempunyai darah muda, yang bergelonjak, bergelora, membara, menghanyut, metropolitan, cemas, dan banyak lagi.

     

    Jadi, apakah yang boleh dilakukan untuk mengatasi situasi ini? Semua orang pernah menjadi remaja, pernah menjadi muda, pernah mengalami alam cinta, sama ada cinta monyet atau cinta sejati.

     

    Kita renungkan.

    Rahsia tetap Rahsia

    Written by admin on Thursday, January 29th, 2009 ( Start discussion )

    Kesinambungan dari kisah atau topic semalam, dimana ramai yang berpendapat untuk selidik sedalam-dalamnya tentang asal usul bakal pasangan kita, tentang adik beradik mereka, cara mereka berbelanja, kesusahan yang ditanggung mereka dan sebagainya. Dikatakan, kalau tak selidik, boleh menjadi masalah yang kusut rumit.

     

    Malam ini pula, bercanggah dengan mauduk dan pandangan semalam.

     

    Ramai yang mengatakan, dikalangan lelaki terutamanya, Rahsia Adalah Rahsia. Dah kawin pun, tak semestinya pekung di dada didedahkan. Itulah rahsia namanya. Kalau didedahkan, bukan disebut rahsia.

     

    Kenakalan dan segala keaiban, janganlah sesekali diberitahu kepada pasangan kita. Itulah merupakan pendapat sesetengah para suami. Ada golongan pula yang berpendapat, bila berumahtangga, tak usahlah merahsia-rahsiakan apa-apa perkara, kerana rahsia disimpan bersama.

     

    Adakah betul, walaupun isteri kita sendiri, tak boleh kita buka rahsia dan tak semua perkara yang boleh diberitahu dan sepatutnya disimpan menjadi rahsia peribadi? Adakah betul, kalau pecah, boleh jadi gaduh? Bagaimana pula kalau ada pihak ketiga yang pecahkan tembelang kita?

    SPG - Sarong Party Girl/Guy

    Written by admin on Thursday, January 29th, 2009 ( Start discussion )

    Kelmarin kita telah berbual dan berbincang mengenai nikah gantung. Diikuti pula semalam dengan kisah wang hantaran yang kini turut mengikut kenaikan pasaran, juga terjejas dengan kadar inflasi. Malam yang indah ini, malam jumaat, malam yang penuh dengan kebaikan, kita akan bertukar-tukar pandangan mengenai berpasangan dengan orang asing. Tidak kira dari luar negera ataupun dari negara kita sendiri, pelbagai alasan yang telah diberikan oleh yang telah berkawin campur.

     

    “Orang melayu ni, dengan wang hantarannya yang tinggi lain, nak memperjuangkan adatnya lain, biar mati anak, jangan mati adat. Orang melayu ni pandang pangkatlah, pandang pendidikanlah, sedangkan mereka sendiri tak betul”

     

    “Kau tau tak, aku cari bini dari Bandung ni pun pasal bekas bini aku lah. Orang Bandung jambu-jambu beb! Dengar kata, tak sombong, tak ungkal, memang impian aku!”

     

    “Ah! Lelaki melayu Singapore ni semua tak guna! Nama aja pakai orang metropolitan! Tapi perangai macam orang utan! Kata dia kata dia aja. Mentang-mentang lelaki, dia ingat dia bagus sangat. Tengok boyfriend aku dari negeri orang putih ni. OPEN. Tak pernah bilang aku apa boleh apa tak boleh. Kolot lah orang melayu ni!”

     

    “Orang melayu ni tak boleh jadikan pasangan hidup. Nanti hidup kau pun lingkup.”

     

    “Selagi aku tak dapat pasangan bangsa asing, sampai mati pun aku tak nak kawin!”

     

    Kita buka minda kita dengan seluas-luasnya. Kita bertukar-tukar pendapat dan kita renungkan segala pandangan yang dikongsikan. Mudah-mudahan dapat kita jadikan ikhtibar dan bukan niat dan tujuannya nak kena-kenakan orang mahupun minyindir ataupun nak sakitkan hati sesiapa, tetapi ……….

    Bapaku, Temanku?

    Written by admin on Thursday, January 29th, 2009 ( Start discussion )

    Kita sering dengar anak-anak lebih terbuka dengan teman-teman di sekolah ataupun teman-teman di luar mereka. Tetapi bila dirumah, mereka bersikap berkurung dan merahsiakan segala-galanya.

     

    Ada yang berpendapat kalau ingin mendekati anak-anak, kita harus berkawan dengan mereka. Tetapi ada pula yang berpendapat, kalau kita kasi muka, nanti mereka naik kepala.

     

    Sebagai seorang suami pula, kita ada 5 peranan. Bergelar suami, kekasih, teman, pemimpin dan akhir sekali bapa kepada anak-anak.

     

    Kita mungkin boleh berteman dengan isteri kita. Tetapi dengan anak-anak pula bagaimana? Selalunya anak lebih mesra dengan ibu atau manja dengan ibu mungkin ibu bersikap lebih lemah lembut seperti teman-teman.

     

    Kalau bapa pula? Boleh kah kita menjadi kawan kepada anak-anak kita? Apakah komplikasinya, baik dan buruknya, kesan-kesannya, kalau kita berteman dan anggap mereka seperti teman?

    Yang Sudah Tu Sudah

    Written by admin on Thursday, January 29th, 2009 ( Start discussion )

    Warna Kasih malam ini mengajak kita beramai-ramai berbincang mengenai cinta, kasih dan sayang dalam mauduk perbincangan, “Yang sudah tu sudah”

     

    Kenapa hal-hal yang lepas selalu suka diingat-ingat kembali dan sukar kadang kala untuk kita seikhlas-ikhlasnya memaafkan dan melupakan kesalahan pasangan kita?

     

    Ataupun, bekas kekasihnya, pasangannya dan sebagainya, selalu menjadi gangguan dalam fikiran seseorang pasangan itu?

     

    Mungkin seseorang pasangan itu merasakan kelemahannya dan diri sendiri yang membanding-bandingkan dirinya dengan bekas pasangan si isteri atau suami?

    Musuh Menjadi Kawan?

    Written by admin on Thursday, January 29th, 2009 ( Start discussion )

    Walau apa pun pandangan anda, Warna Kasih bermatlamat untuk sama-sama mengajak kita untuk menanamkan cinta, kasih dan sayang termasuklah bagi mereka yang bermusuhan dengan kita. Ha! Cakap pasal musuh, ataupun orang yang membenci kita, ataupun orang yang kita sendiri kurang senangi. Sebagai pendengar yang budiman, yang baik hati, yang benci dengan bermusuhan, yang suka menjalinkan kasih sayang, apa caranya, cadangan anda, bagi kita yang mempunyai musuh, bagaimana untuk kita menyejukkan hati mereka agar mereka menjadi sahabat dan saudara yang baik?

     

    Alangkah indahnya kalau kita tidak ada musuh ataupun tidak dimusuhi. Memanglah lumrah, kita tidak dapat menyenangkan semua orang, sedangkan junjungan besar kita juga dianayai musuh, diludah, dilempar najis dan segala-galanya yang kita sendiri tidak dapat mampu menempuhi. Tetapi junjungan besar kita tidak pernah membalas dengan kejahatan. Malah, dibalas dengan kebaikan, dengan hikmah. Kita pula bagaimana? Memanglah kita tidak boleh bertanding dengan sifat-sifat mulia beliau, tetapi apa yang kita berdaya dan mampu lakukan?

     

    Apa yang boleh kita lakukan untuk menjadikan musuh tukar menjadi kawan? Siapakah yang harus mengalah?

     

    Renungkanlah. Fikirkanlah. Saya rasa ramai yang mempunyai pengalaman yang telah berjaya menyayangi orang yang satu ketika dahulu, anda membencinya.

    Kucing Lebih Baik

    Written by admin on Thursday, January 29th, 2009 ( Start discussion )

    Kalau semalam kita bincang mengenai usia yang wajar untuk berumah tangga, malam ini kita akan bincangkan mengenai cahaya mata, adakah ia satu keutamaan dalam membina rumah tangga?

     

    Baru-baru ini, saya terdengar sepasang suami isteri yang telah berumah tangga selama 10 tahun, katanya mereka, tidak ingin mendapatkan anak, dan sebagai ganti mereka memelihara kucing. Alasannya, mereka tidak ingin membebankan anak-anak mereka bila pasangan itu tua kelak.

     

    Kata mereka, anak tidak diminta untuk dilahirkan. Jadi, sebagai yang menentukan, menurut mereka, janganlah melahirkan anak kerana secara lumrahnya, ibu bapa akan meminta balasan dari anak untuk menjaga orang tuanya nanti.

     

    Mereka berpendapat bahawa mereka diijabkabulkan, kerana mereka saling sayang menyayangi dan mereka ingin hidup bersama bukan dengan adanya pihak ketiga seperti anak. Cukuplah, kucing-kucing yang mereka pelihara itu, menceriakan kehidupan mereka. Ditambahnya lagi, memelihara kucing lebih mudah dari membesarkan anak.

     

    Adakah menimang cahaya mata itu, tujuan anda berumah tangga? Atau, ia bukan satu kemestian ataupun menjadi keutamaan dalam sesebuah rumah tangga?

     

    Berilah pandangan anda.

    Menopause = Sensitif?

    Written by admin on Thursday, January 29th, 2009 ( Start discussion )

    Kesinanbungan dari mauduk duit anak perempuan yang bergelar isteri memberi sumbangan bulanan buat ibunya sendiri, seorang suami telah menceritakan tentang orang-orang sensitive.

     

    Memang lumrahnya, ada ramai yang tergolong dalam golongan yang disebut Sensitif. Dalam persahabatan, dalam sesebuah rumah tangga, dalam adik beradik, dalam pekerjaan, dalam kehidupan, kesemuanya, kita mengenali mereka yang sensitif.

     

    Menjaga hati orang yang sensitive tidak semudah yang difikirkan. Seorang suami, suhaimi, bukan nama sebenar beliau, yang menceritakan tentang keperibadiannya yang sensitive dan kini bertemu dengan ibu mentua yang juga disebut sensitive. Nah, bila si sensitive sudah bertemu dengan yang sensitive, pada dasarnya, yang lebih muda lah yang harus mengalah.

     

    Beliau menceritakan tentang kemarahannya bila sering bertemu dengan ibu mentuanya, kedua-duanya akan menjadi marah dan sering berakhir dengan bermasam-masam muka.

     

    “Alah, mak mentua aku tu, betul-betul pukul anak sindir menantu. Adakah dia cakap, isteri aku si ina tu pelokek? Dia kasi $150 setiap bulan kau tau apa mak dia cakap? Kau ingat setiap bulan kau kasi $150 tu besar sangat ke duit kau? Mak dia bukannya tak tahu si ina tu tak kerja, aku yang kasi dia duit tiap-tiap bulan, aku yang kasi nafkah. Sebenarnya dia cakap aku tu. Dia kata aku pelokek, tak kasi duit. Bukan macam anak menantu dia yang lagi satu, kasi dia duit”

     

    “Abih kau cakap apa pulak” saya tanya beliau.

     

    “Aku cakaplah baik-baik. Ina tu ikhlas mummy, dia kasi mummy duit jugak, memang saya tak beri mummy, si Iman anak menantu mak yang lagi baik tu kan duduk dengan mak, mesti dia kasi duit. Nanti dia dah tinggal rumah sendiri, dia tahu lah susah senang ada rumah, ada anak.”

     

    “Lepas tu apa jadi?”

     

    “Mak men aku meletup lah!!! Dia tak cakap dengan aku. Dia marah bini aku, dia nak koyakkan duit yang Ina Kasi. Aku apa lagi, suruh Ina balik lah. Aku punya Hot!”

     

    Suhaimi, seorang yang sensitive, beristeri yang dilemma, masih perihatin terhadap perhubungan ibu dan Ina sendiri. Beliau tidak menambahkan garam kepada luka isterinya, dengan mengatakan si ibunya sedang menghadapi perubahan hormone kerana usianya, menurut Suhaimi, ibu isterinya sedang Menopause.

     

    Bagaimanakah sebenarnya, dua orang sensitive sebegini, boleh menjadi damai kembali dan dalam scenario sebegini, adakah betul sebenarnya, ibu mentuanya sedang mengalami menopause?

    Kini Ingin Anak

    Written by admin on Thursday, January 29th, 2009 ( Start discussion )

    Mendirikan rumah tangga adalah persetujuan antara sepasang kekasih yang ingin meneruskan perjuangan kehidupan, dengan mewarnainya dengan pelbagai tawa dan duka. Mengadakan zuriat atau melahirkan anak juga merupakan salah satu sebab bagi pasangan berumah tangga.

     

    Namun, cik tina, bukan nama sebenar, menceritakan tentang kekecewaannya terhadap suaminya yang tidak inginkan anak. Mereka telah berumah tangga selama 5 tahun kini Dan kini, beliau sedang mengandung secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suaminya.

     

    Bila ditanya khusus-khusus tentang keadaan sebenar, beliau menceritakan bahawa, sebenarnya, suaminya belum bersedia secara mental dan fizikal. Suaminya yang bergaji rendah, katanya, hanya cukup-cukup makan sahaja untuk menampung kehidupan mereka.

     

    Beliau takut kalau-kalau suaminya tahu tentang rahsianya ini. Beliau akui, beliau telah berhenti dan membohongi suami beliau yang beliau masih mengambil pil-pil perancang rumah tangga.

     

    Suaminya takut kalau-kalau keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, akan menyebabkan kesusahan dan penderitaan kepada anak-anak. Beliau sering menceritakan tentang menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab. Kebimbangan suaminya dan persediaan yang belum ada, merumitkan lagi suasana.

     

    Cik Tina, yang tidak berkerja, benar-benar inginkan anak.

    Wordpress theme offered by MyDaysOf.com