• About
  • Lyrics
  • Gallery
  • Archive for October, 2007

    HANTU PUN NAK BERAYA! = HANTU RAYA

    Written by admin on Saturday, October 27th, 2007 ( 16 responses )

    mesrarayabanner.jpg 

     Jika anda sertai perjumpaan Raya ini, ada berbagai acara menarik yang telah diatur.

    Perjumpaan ini agak unik kerana bertema ala-ala Helloween tetapi tak perlulah pakai topeng atau pakaian menyeramkan. Sekadar pakaian baju kurung/pakaian kasual hitam atau putih kerana dewan dihias untuk memberi suasana yang belum pernah  anda alami di mana-mana perjumpaan Raya.

    Selain itu, acara permainan juga bertujuan mengeratkan silaturahim antara mereka yang menyertai perjumpaan ini.

    Ada sembang eksklusif bersama anggota kelab TAC yang akan menyelongkar kisah misteri di sebalik penemuan di alam ghaib.

    Lebih menarik lagi, semua acara permainan berkisar pada alam misteri - termasuk penubuhan Klub Ponti Ponti (KPP) yang akan mengadakan lawatan serta riadah ke kepulauan menarik untuk menambah pengetahuan ahli KPP.

    Ayuh, peluang anda pendengar setia MJ12 untuk bertemu dan saling mengenali satu sama lain.

    Usah lepaskan peluang keemasan bertemu Zan Sofyan, KC dan kesemua peminat setia MJ12. Tiket-tiket boleh didapati di Muzika Rekod (Joo Chiat) Tel:6743 6546, $40 (dewasa) $25(kanak2 bawah 12tahun) tetapi hubungi Encik Kadir 9026 6074 untuk harga promosi bagi pakej keluarga (2 Dewasa 2 Kanak-Kanak =$120) atau pakej semeja 9 orang, dapat 1 tiket percuma. Ingat tempat terhad, jangan hegeh-hegeh ya…!   

    Pelancaran KLUB PONTI-PONTI: 3 Nov 2007

    Written by admin on Monday, October 15th, 2007 ( 55 responses )

    Berita Baik!

    Kepada semua yang akan hadir di MESRA RAYA BERSAMA ZAN DAN KC, penyertaan bagi ahli anggota KLUB PONTI-PONTI adalah percuma! Selepas hari pelancaran, bayaran yuran penyertaan dikenakan.

    KAD AHLI KLUB PONTI-PONTI (membership card) akan di poskan selepas hari pelancaran KLUB PONTI-PONTI.

    Sebagai ahli KLUB PONTI-PONTI, anda akan menerima tawaran-tawaran hebat, untuk perjumpaan dan pelancongan yang akan datang!

    Jangan tak datang Huh! Kumpulan T.A.C dari DVD WUJUD akan bersama kita! 

    Tikit-tikit juga dijual di MUZIKA Joo Chiat

    SELAMAT HARI RAYA! dari Zan Sofiyan @ Sapian Sapari Sekeluarga. Maafkan salah dan silap saya, Zahir Dan Batin.

    mesra-raya-blog4.jpg

    Wordpress theme offered by MyDaysOf.com