• About
  • Lyrics
  • Gallery
  • Archive for July, 2007

    25 August 2007 Gathering

    Written by admin on Tuesday, July 31st, 2007 ( 6 responses )

    Hi folks…

     Saya tengah buat rundingan dgn banyak tempat dan susah betul nak dapatkan temapt murah. Tiket-tiket telah pun dianggarkan diantara $25-$30. 7.30mlm hingga 10mlm. Tempat terhad hanya 100 orang pertama. Tempah/book sebelum 08 August 2007 tikit berharga $25 dan selepas itu, $30… email saya: mail@sapiansapari.com untuk membuat tempahan. Atau hubungi Encik Kadir 9026 6074/6846 9965

    zan! i ade crite hantu…

    Written by admin on Monday, July 30th, 2007 ( 2 responses )

    zan…slalu jugak tau saya dgr ur show..tapi tak pernah ade time nak share story saye..
    here it goes…
    my house…past few years…slalu tau kiter dgr bunyi mcm2 pada malam2 hari.. slalu after 12midnight…samapai after 3am gitu… seperti, bunyi kerusi against lantai… sangka kiter jiran atas la….kadang2 bunyi guli…. kadang2 bunyi ketukan daripada dalam almari baju pun ade..
    tapi tak la terlintas dalam kepala otak…dat it may be ‘’something”…until satu hari..adde org bilang dat bunyi2 ni kadang2 ade bende kacau2…..bende halus gitu la…jin agaknye…
    ade pernah satu kali ni.. saya kat dapur, baru klua bilik mandi…dgr bunyi ketukan…daripada sink….tempat basuh pinggan mangkuk….bunyi org ketuk…sink tu kat depan mata..takde pulak la sape2 except i sorang la kat dapur tu..
    berdiri bulu roma zan!
    tapi…i told myself…”ni ruma aku…kau bole pegi belah la..” n i cepat2 masok bilik….dgr mp3 kuat2….n masok bawah selimut! hahaha..
    k zan…take care….kalau dgr bunyi ketuk2..ahem2..pandai2 la ye….khehehehe
     
     

    penanggal ke pasu bunga..?

    Written by admin on Monday, July 30th, 2007 ( One response )

    kisah ini berlaku 15 tahun yg lalu… pada masa itu kecik lagi aku nih.  selalu bermain-main tak kira masa.  Ayah aku kerja malam dan ibu ku pun begitu.  Mereka bekerja setiap malam. 

    Pada satu hari yg memang tak dapat aku lupakan, seperti biasa ibuku bersiap-siap untuk bekerja pada pukul 11.30 malam.  Ayah telah pun pergi beberapa jam yang lalu.  setelah bersiap, ibu pun menghantar aku ke rumah nenek aku tak beberapa jauh dari rumah kami.

    Setelah sampai di rumah nenek pada waktu itu,  mereka pun sudah menutup semua lampu kerana bersiap untuk tidur.  Jadi aku pun ditinggalkan bersama nenek.  Tempat yg nenek sediakan untuk aku tidur agak berasingan dari keluarga nenek aku, nak cerita lebih lanjut malas pulak! senang cerita aku tidur di ruang tamu berseorangan.

    Sedang nyenyak aku tidur… tepat pukul 2 pagi aku terjaga, aku tau pukul 2 pagi sebab jam dinding depan mata ku.  Aku cuba2 untuk tidur kembali tapi tak dapat.  Sedang melayan perasaan memandang tingkap kaca tiba2 aku ternampak bayang2 perempuan dari biasan cahaya lampu jalan raya ke tingkap ku.  Dalam hati ingatkan mak dah balik, biasalah kecik2 agak bengap sikit.. tunggu punya tunggu punya tunggu pintu tak diketuk.. pelik… aku tunggu lagi sambil memandang pasu bunga di atas meja ruang tamu nenek aku… serta merta rasa macam nx lari pegi india… bila aku perasan yg pasu bunga itu berubah sedikit demi sedikit menjadi kepala perempuan.. apa lagi aku pun selubung kepala saja.. tx cukup besar pulak selimut nih… hampir 2 jam aku ketakutan kerana bunyi mcm org geram makin mendekati.. lama2 aku tertidur sendiri.

    Pada keesokan harinya, aku dah lupa tapi bila aku bukak pintu depan rumah nenek aku.. aku terkejut giler bila mendapati ada darah menitis dari pintu depan rumah hingga ke belakang rumah seolah-olah penanggal mencari jalan masuk.  Nenek aku siram darah tu dengan air ehem-ehem bila aku beritahu dia.

    Semenjak itu aku takut nx tidur di rumah nenek…. aku sanggup tidur sendiri kat rumah aku… lagi best.. tidur boleh bukak lampu! entah betul ke penanggal yang aku nampak tu atau otak aku yg tertanggal masa tu aku pun tak tau..

    sekian Wayar_shot signing out… love this radio channel

    Written by admin on Thursday, July 19th, 2007 ( 3 responses )

    Nama : KyRuL

    Ucapan :    
      SUATU KEJADIAN YANG MENAKUTKAN

        Hari khamis yang kepas,aku tidakdapat lelap kan mata dengan tenangmalam itu adalah malam jumaat.ada sebuah peristiwa yang berlaku pada ku pada hari tersebut.aku terimbas imbas semula kejadian itu.
       malam itu,selepas waktu mahgrib,aku teleh disuruh untuk pergi ke kedai.waktu itu jam lapan malam.hanya kedengaran bunyi bunyi kenderaan sahaja.di daerah rumah aku sunyi.setiap kali di waktu malam,pasti berasa seram ketika berjanlan di kawasan rumahku.aku ke kedai keseorangan.aku sering kali mendengar cerita-cerita yang menakutkan mengenai blok kosong yang terletak di sebelah blok aku.aku cuba agar tidak memikir kan apa-apa.aku berjalan pantas ke kedai.setelah tiba di kedai,aku sengaja berlengah ketika mencari barang-barang yang perlu.aku berbuat demikian untuk menenang kan hati yang takut ketika perjalanantadi.setelah mimilih,aku membayar barangan tersebut lalu keluar dari kedai itu.perasaan seram menyebulungi diriku.aku berjalan sambil memerhati kan kawasan rumah ku.dalam perjalanan pulang,angin bertiup dengan tenang.aku berasa amat sejuk.tiba di bawah blok,aku menekan butang lif.semasa menunggu,seorang lelaki india menjelma.lelaki itu sering menakutkan aku kerana dia sering memerhatikan aku.aku bercadang untuk menaiki tangga.aku menaiki tangga dengan perlahan.namun aku merasa ada sesuatu yang mengekoriku.
         aku berani kan diri untuk pandang ke belakang.alangkah terperanjat nya aku kerana ternampak sebuah bayangan putih berlalu.aku gamam.rasa seram naik ke tengkuk.aku bergegas menaiki tangga.apabila sudah tiba di hadapan rumah,aku memberi salam dan kelam kabut memasuki rumah.aku menceritakan peristiwa tersebut kepada ayahku.ayahku tidak percaya.aku berdiam diri.aku masuk ke dalam bilik.aku mendengar lagu untuk menenang kan hati serta melupakan peristiwa tadi.namun,aku gagal melupakan nya.jam di dinding menunjukkan ia sudah larut malam dan masa untuk aku masuk tidur.
        di ruang tamu gelap-gelita.keluargaku semua ada di dalam bilik masing-masing.aku masih tidak dapat tidur kerana masih berasa amat takut dan terimbas-imbas bayangan putih tadi yang seolah-olah berada berdekatan dengan ku.aku ternampak seperti bayang hitam yang sedang merangkak di lantai bilik ku menuju ke arah aku…aku pekik sekuat-kuat hati aku..bila ibu bapa aku datang,aku menceritakan apa yang terjadi.ibu ku memelukku dan tidur bersamaku…bila diingat-ingatkan ia amat seram…huh…mungkin itu hayalan ku…
       sepanjang malam itu,aku menyibukkan diriku dengan kerja lain kerana tidak dapat tidur.Sehingga sekarang aku masih teringat peristiwa itu…

               …TAMAT…
    CERITA BENAR…BERLAKU DI ADMILRITY…

    180km/h

    Written by admin on Thursday, July 19th, 2007 ( Start discussion )

    Nama : 330max

    Ucapan : kisah ni terjadi kat kwan saya waktu riding ke malacca, moto kawan saya tiba tiba di tumpang CIK MEK!! Dgn kelajuan kita dlm 180km/h rambut dia pun tak terbang,kawan saya tahu dia kat blakang tapi dlm keadaan takut dia berdesut je, lepas Tangkak CIK MEK pun belah, kat pam minyak dia cuba critakan kita,sampai demam 2minggu  dia.

    basikal

    Written by admin on Thursday, July 19th, 2007 ( Start discussion )

    Nama : aida kenet

    Ucapan : Ketika itu, aku dan saudara-mara mengadakan satu barbeque famili gatherin di sesuatu tempat diutara singapura.
     Aku,adik perempuanku dan 4 org sepupuku menyewa basikal. Kami bercadang untuk mengayuh hingga di hujung tanjung tempat itu. Sedang kami mengayuh setengah jalan, aku teringat bahawa aku terlupa air minuman dan cemil-cemilan yg dah dibeli tadi. Aku menyuruh mereka pergi ke destinasi yang ingin dituju dan aku pula berpatah balik untuk mengambil barang-barang yang tertinggal. Adik pula ingain menemaniku.
     Sesudah itu kami berdua pun pergi ke destinasi yg dijanjikan..
     Sedang dalam perjalanan, kami berdua harus melepasi di kawasan tempat seafood sebelum ke jetty. Ketika itu tiada seorang pun yang kelihatan. Aku mengayuh di depan adik.Sedang mengayuh, tiba-tiba aku tergerak hati untuk menoleh ke arah kananku. Aku ternampak si dialah!!! Si perawan malam di water breaker sedang memandang ke arah laut…ishhh berdiri bulu roma aku. perawan alih-alih gerakkan kepalanya, mcm nk toleh ke arah aku, sambil menyikat rambutnya bukan dengan sikat tapi dengan kukunya yg panjang dan kotor.
    Aku pun alih2 berkayuh dengan cepat. Adikku pula bertanya kenapa alih-alih aku laju. Aku menjawab lah bahawa aku suka-suka saja nak kayuh cepat, tanpa ingin menakutkannya. Bila aku toleh lagi dia hinggap dia atas pokok lah…aku apa lagi, aku terus pekik pada adik kayuh cepat-cepat dan jangan tanya!!!!
    Ketika sampai di jetty, aku terus ceritakan pada semua. Adikku pula menyampuk…bertuah punya kakak…dah takut adik pon lupa…hehe…kami di jetty itu sampailah pagi.
     Adik saya tak lain dan tak bukan awak mesti kenal zan…ILLAH PANJANG…..DIA KIRIM SALAM PELUK CIUM KERANA RINDU SEKALI TAK DAPAT JOIN YG LAIN SMS Kau LAGI…da sibuk kerja.k la itu saja..jgn lupa gudnite KISS!!!!!

    wad

    Written by admin on Thursday, July 19th, 2007 ( 2 responses )

    Nama : Mawar linda

    Ucapan : Kisah ini satu kisah yang benar benar berlaku pada diri ku ini.Sewaktu aku hendak ke hospital untuk melahirkan anak ketiga,aku terhidu bau bangkai yang amat busuk di luar jendela bilik ku.Walau aku dah tutup tingkap bau itu masih terhidu.Bau itu macam nak muntah dibuatnya.Aku terus beredar ke ruang tamu untuk menunggu suami ku.Aku menaiki taxi,itu pun baunya masih mengekori kami.Suami ku terhidu bau itu,kata dia jangan celupah.Aku diam saja.Seketika aku berada di wad persalinan,aku terhidu lagi bau busuk itu.Ia semakin menghampiri aku,semakin hampir semakin busuk baunya.Jururawat didalam wad salin itu,dia cuba menyembur wangian aeromatherapy,maklum aku nie mengandung jadi kena lah semburan yang sesuai untuk ibu mengandung.Hai,bau itu semakin kuat.Aku dihantarkan ke bilik sebelah,barulah bau itu hilang.Dalam berapa jam tu,aku dah nak bersalinkan anak aku.Tiba tiba bau itu semakin menusuk dihidung ku serta yang ada didalam wad tu.Macam mana nak tukar wad lagi,sedangkan masa melahirkan hampir saja kerana rasa sakit itu sudah agak perit.Terdengar seolah jantung berbunyi,aku ingat jantung ku atau bayi aku.Tak kan lah bunyi itu sebesar bunyi horn kereta.Jantung ku berdegupan mengekori rentak degupan jantung tadi.Semakin kuat semakin laju jantung ku berdegup.Mata ku tiba tertumpu pada ceiling di atas ku.Wajah seorang wanita,lembaga berbaju putih rambut kusut masai dan panjang yang hampir menyapui muka ku.Aku tidak dapt melihat jelas kerana aku dalam kesakitan.Bila suami ku baca ayat kursi agar aku senang melahirkan,lembaga itu lenyap seketika.Dalam ingatan ku,”Ha hilang juga lemabag itu,janganlah kau menjelma lagi”.Setelah semuanya selesai aku dihantarkan di wad b4,wad yang hanya ada 4 katil saja.Kebetulan cuma aku sorang dalam wad tu,kata jururawat nanti ada lagi ibu yang akan berada didalam wad ini,itu pun tunggu berapa jam lagi.Jam menunjukkan tepat 9 malam,aku dalam keadaan tenat sekali dan diberikan ubat tidur,ubat penenang.Sejurus saja aku tidur,lembaga ini menghampiri aku,jantung ku dup dup dup,tak henti henti,kini jelas jelas aku lihat wajahnya yang amat menyeramkan,hodoh sekali,baju putih dilumuri darah dan rambutnya mengurai.Aku menjerit,namun tak ada suara pun terkeluar dari tekak ku.Aku semacam nak terkucil,aku berani kan diri ku,seolah macam tak ada apa apa berlaku.Bila aku berjalan kebilik air tu,aku perasan yang lembaga itu mengekori aku,cuba aku lihat belakang,dia tak ada,tetapi perasan ku dia mengekori aku,bila kaki ku seakan dipegang seseuatu,lembaga itu berada dilantai dan mengilai sekuat nya dan aku lihat dia mengesot dari tadi.Aku cuba teriak namun tiada seorang mendengar jeritan aku dan jururawat pun tak datang untuk tolong aku,seolah mereka semua dipukau lembaga itu.Aku terjatuh berkali kali cuba untuk selamatkan diri,tiba tiba seorang jururawat masuk dan terlihat aku terjatuh,kata dia “Kau terjatuh,mari aku tolong kau” aku cuba beritahu bahawa ada lemabaga wanita cuba ganggu aku dan pegang kaki aku.Kat adia kau mengarut.Aku tak mengarut setahu aku semua ini terjadi bila aku dah nak kelaur rumah dan didalam wad salin tu.Aku diberi suntikan agar aku dapat tidur kali ini.Aduh ,sakit suntuikan tu tetapi tak juga terlena,benda nie asik ganggu aku saja,kini katil aku tidur seakan diangkatnya lembaga itu,macam macam mata yang memandnag ku,tetapi tak ada orang pun disitu.Tangan ku ditarik tarik dan aku seakan dihempap sesuatu,lemabaga ini cuba menganggu aku,aku teriak dan memaki hamun dia.Lembaga itu hanya mengilai ngilai saja,aku terkumat kamit untuk menyebut Allahuakbar tetapi tak pun terkeluar.Benda ini pun menyuarakan “Aku hanya inginkan anak akau,kembalikan anak aku,kau mencurinya dari aku”,kekata itu seolah memaksa aku memberi anak aku pada dia,kata aku itu anak aku bukan milik dia.Dia megilai dan terus menanggis,kata dia “Kau akan menyesal satu hari nanti bila kau tak berikan anak aku itu”Aku terus menjerit jerit ketakutan,kali ini baik baik suami tak boleh tidur di wad tu jadi boleh pula.Doktor menasihati suami ku agar beliau tidur disamping ku hingga esok bila hendak pulang jam 6 petang.Alhamdullilah,aku terlena juga akhirnya.Hingga esoknya aku nak pulang aku rasa tiada lembaga itu lagi.Aku telah ceritakan kisah ini pada ibu bapa ku serta keluarga ku lainnya,namun merek akata mengarut hanya suamiku dan keluarga ku sendiri percayai kata ku,mereka kata ia sudah berakhir kerana sudah pun 2 bulan berlalu,tetapi,itu semua hanya seketika,kata kemabga itu dulu “kau akan menyesal satu hari nanti” itulah kata yang aku ingat pada ketika itu.Selpas anak aku umur 3 bulan,lembaga itu muncul dengan bau yang akau hidu itu,bau BANGKAI.Jam pula 3pagi,kaki tubuh ku seakan diikat lembaga itu,aku tak bioleh bergerak dan mulut ku seakan terkunci diam dan terus kaku.Suami ku semuanya lena habis.Aku sorang yang terjaga dari tidur ku.Anak ku dihampiri lembaga itu,lembaga itu mendukung anak ku,nasib baik ayah ku masuk bilik aku dan terus membaca ayat ayat,lembaga itu DEGIL kepala batu,dia masih tak mahu keluar,suami ku terasa panas lalu dia terperanjat apabila terlihat lemabag perempuan berbaju putih berlumuran dara dengan wajah amat hodoh sekali berterbangan kepansan dalam bilik aku.Suami ku bawa semua anak anak dan aku kelaur rumah,Ayah ku cuba menghalau lembaga itu,mujur suami ku telifon pakciknya yang berada dis ingapura yang kebetulan ank meziara anak aku,dia seorang yang warak dan kuat imannya.Sejam dua ayah ku masih dalam bilik itu cuba menghalau lembaga itu,jiran tetangga tak tahu,tiada seorang melihat atau tau kisah ini.Cuma kami sekeluarga.Lembaga itu menjerit jerit dan meraung nama ku dan ingin kan anak aku,anak au tu masih didukung lembaga itu,”Akau mahu anak aku ini,jangan kau semua ganggu kami”Aku menaggis kerana anak aku didukung lembaga itu,dia menanggis kerana dia melihat lemabag menakutkan itu.MEnjerit jerit dan meraung raung untuk dilepaskan.Syukur,pakcik suami ku datang dan membawa daun kelor dan daun aroda untuk menghalau benda ini.Anak aku pun dapat diberi kembali.Itu pun pakcik suamiku yang mendpatakannya.Bila aku dapat atu dari kakak saudara ku yang bersalin di hosptial sama,kata dia dia terdengar bahawa bilik b4 yang aku admit,rupanya terjadi kirsah pembunuhan sendirian,seorang ibu muda dalam lingkungan usia ku,meninggal kerana trauma kerana anaknya mati lemas dalam perutnya,dia menikam dirinya dan mati di katil aku.Jadi bila aku nak bersalin macam dia tau pula aku nak berehat di katilnya dalam wad yang sama.Seram betul bila ingatkan kisah itu.

    Written by admin on Thursday, July 19th, 2007 ( Start discussion )

    Nama : Rini87

    Ucapan : cerita seram ini berlaku kerana kesilapan saya sendiri. saya adalah salah satu daripada remaja-remaja yang mengandungkan anak luar nikah. kerana ingin menutup malu, saya telah beberapa kali gugurkan janin dengan cara meminum ubat periuk. dan kini saya sedang mengandung lagi. pada satu malam itu, semasa saya sedang tidur, tiba2 ada dua anak kecil di sebelah saya. anak kecil itu memakai pakaian lengkap putih. pada mulanya, saya berasa takut. tapi setiap hari anak kecil itu akan datang pada saya. dan saya akan berbual dengannya. anak kecil itu akan baring di perut saya. dan kerana kehadiran anak kecil itu, saya bertekad untuk simpan kandungan ini. hinggalah kandungan ini jangka 5 bulan, anak kecil itu tidak lagi datang pada saya. mungkin kehadirannya ialah untuk menghalang saya daripada menggugurkan lagi kandungan ini. dan kini saya akan melahirkan dalam masa sebulan. mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.

    bercuti ke malaysia

    Written by admin on Thursday, July 19th, 2007 ( Start discussion )

    Nama : libra 27

    Ucapan : apa kabar zan..kejadian ini berlaku tahun lepas.adik ku sekeluarga pergi bercuti ke malaysia dgn memandu keretanya.dia suka memandu diwaktu malam.maklum saja kenderaan tak banyak dan cuaca pun sejuk.setiba di satu kawasan tiba2 anak nya yg baru berusia 1thn menangis,sangka nya dia lapar nak susu atau pampers nya basah.tapi dia maseh terus menangis walaupun sudah disalin pampers nya dan diberikan susu.adik ku terus memandu laju sedikit.semasa dia memandu dia terdengar kereta di belakang nya membunyikan horn kereta nya sambil memotong kereta adik ku.tanpa mengambil peduli dia terus memandu kereta nya tu.setelah 10minit kemudian ada sebuah kereta lagi membunyikan horn kereta nya sambil memotong kereta adik ku.rasa heran juga kenapa mereka membunyikan horn kereta mereka kata hati kecil adik ku.akhir nya sampai lah mereka di tempat perhentian untok rehat seketika dimana ada menjual makanan dan minuman.ketika itu juga saorang lelaki datang jumpa adik ku sambil berkata….sdra saya yg memotong kereta anda tadi sambil bunyikan horn kerana saya nampak ada lembaga berpakaian puteh sedang duduk diatas kereta sdra…..sekian….

    org bual2

    Written by admin on Thursday, July 19th, 2007 ( Start discussion )

    Nama : Haunting

    Ucapan : Zan aku cita yg bleh dikatakan menyeramkan ia berlaku pd diri aku sendiri lebih kurang 5 tahun lepas.Begini ceritanya aku pulang keje sll hingga lewat mlm krena keje lembur dan biasanya klu aku balik lewat aku akan singgah dikedai kopi mamak yg buka 24 jam utk mengisi perut aku yg kosong.Dan pd 1 hari selepas pulang dr mkn mlm aku berjalan dibawah kolong yg agak sunyi dan gelap.Aku terjumpa ngan kwn lama aku(member sekolah) Aku pun meluangkan masa kira2 5-10 minit berbual2 ngan dia.krena masa tak mengizinkan krena dah lewat mlm aku meminta diri dan no telepon dia agar aku leh menghubungi dia.Selang seminggu aku cuba menghubungi dia dan alangkah terkejutnya aku bila aku diberitahu oleh ibu nya yg kwn aku ni sebernanya dah menjadi arwah 6 bulan yg lepas akibat kemalangan jln raya.Mcm nak putus jantung aku bila mendengarkan berita itu.Jadi siapakah org bual2 kan itu??

    Wordpress theme offered by MyDaysOf.com