• About
  • Lyrics
  • Gallery
  • Archive for May, 2007

    Kisah di rumah ku

    Written by admin on Sunday, May 27th, 2007 ( One response )

    Assalamua’laikum Yan,

    Selamat sejahtera semua.
    Cerita ini berdasarkan kisah yang terjadi kepada keluarga saya semasa saya mengandungkan anak saya yang ke-dua.

    Waktu itu sudah melampaui 1 pagi jatuh pula pada hari Jumaat. Suami saya telah kehabisan rokok, dan memandangkan beberapa jam lagi dia akan ke kerja, suami bercadang untuk ke Seven Eleven di estate bersebelahan kerana kedai2 di estate perumahan kami telahpun tutup. Suami saya adalah seorang vokalis kumpulan rock, dan rambutnya panjang hampir ke paras dadanya. Sewaktu beliau berjalan ke Seven Eleven, dia tidak mengikat rambut dan bersahaja.

    Semasa melintasi beberapa block, beliau terserempak sepasang lelaki dan perempuan. Mereka merenung tajam ke arahnya. Tetapi suami saya tidak menghiraukannya. Setelah membeli rokok, dia mengambil langkah perlahan untuk pulang ke rumah. Tiba di persimpangan jalan, beliau ternampak beberapa anak muda mengayoh basikal sambil memekek2 dengan panik dan mengayoh cepat melintasinya. Dalam hatinya mungkin budak2 itu fikirkan dia hantu kerana rambutnya yang panjang. Tanpa membuang masa, beliau berjalan menuju ke kolong blok rumah kami.

    Estate perumahan kami agak lama dan telah dibina pada tahun 70′an. Keadaan sekeliling agak gerun pada waktu malam. Semasa berjalan ke arah lift lobby, suami saya terperasan ada satu lembaga yang berjalan bersebelahan denganya tidak kurang jauh dalam 2 metre. Apabila beliau menoleh, lembaga itupun lenyap. Dia tidak mahu berfikir panjang dan terus pulang ke rumah.

    Setibanya di rumah, suami saya terus masuk tidur bersama saya dan kami hanya berehat untuk beberapa jam kerana suami harus keluar ke kerja pada jam 0530pagi. Sewaktu beliau ingin keluar, kami terperasan ada serpihan kaca berselerak di depan rumah. Dan sejenak kemudian kami sedari bahawa kaca itu adalah ayat yang terletak di atas pintu masuk rumah kami. Agak hairan kan? Kami tidur-tidur ayam, kaca jatuh berkecai kami tak sadar? Tak mungkin ada ribut kerana surat khabar di halaman rumah tidak berganjak. Bila dan bagaimana ayat itu boleh jatuh tanpa berbunyi?

    Suami tidak berlengah dan terus keluar ke kerja. Setelah seharian, kami dikejutkan dengan berita bahawa, sebenarnya, ada kakak yang menjadi penunggu di hujung block kami. Dan kakak itulah yang cuba masuk ke rumah kami, memandangkan saya sedang sarat mengandung dan suami tidak mengambil prihatin tentang rambutnya pada malam itu. Nasib baik kami telah sediakan payung sebelum hujan. Makhluk itu tidak dapat menembusi pintu rumah kami dan telah membuat ayat itu  jatuh tanpa kami sedari….

    Sekian Wasalam

    Siti Kasmani

    Jangan pandang belakang!

    Written by admin on Sunday, May 27th, 2007 ( One response )

    Sebelum saya nak cerita, nak comment sikit pasal Kak Wati ni.. dia punya
    cerita selalu cik pon nye ketawa same je.. hehe

    Cerita ni berlaku berapa tahun yang lalu.
    Ketika itu saya dan sahabat saya ke Pasir Ris tower dekat pasir ris beach.
    Waktu tu dalam pukul 8 lebih malam.
    Selalunye pasir ris tower tu full of couples, tapi hari tu boleh takde
    orang.. jadi saya dan teman saya tu nyanyi2 la, suka2. Tiba2 saya rasa macam
    semacam. Saya pusing belakang ada perempuan tengok kan kita sambil
    tersenyum. Saya tak fikir kan momok. Saya rasa orang tengah ngendap2 kita
    nyanyi2  :P
    Saya terus beristighfar, teman saya tengok belakang dia tanya apa yang kau
    tengok? Bila pusing balik, da takde. Macam mustahil, kerana the tower is
    made of wood, jadi tak mungkin perempuan tu lari kita tak dengar.
    Itu lah pengalaman saya..

    Yatie

    SIAPAKAH PEREMPUAN ITU

    Written by admin on Sunday, May 27th, 2007 ( Start discussion )

    hi zan..nie maya…

    kisah nie belaku pada kwn suami saya…kejadian tu belaku baru 2minggu lepas…cite nye begini..suami saya tu bertugas sebagai pemandu lori di sebuah salah satu syarikat di singapura…pada suatu mlm tu..suami saya harus stand by untuk menunggu kapal cargo tiba…sementara menunggu tu dier berehat di pondok security tmpt dier bertugas…mlm tu hanya dier dan seorang security guard india disitu..

    memang dah jadi kebiasaan bagi seorang guard untuk meroda kawasan bangunan syarikat tu selepas jam 8mlm..untuk memastikan tiada sapa lagi di bangunan tu..dan juga semua pintu harus dikunci..

    jam hampir pukul 8mlm…sudah tiba masanye untuk kwn suami saya pergi meroda kawasan bangunan tu…dier pon berlalu pergi dari pondok tu dan meninggalkan suami saya seorang diri….dlm setgh jam tu..kwn suami saya pon tiba…terus dier berdiri di pintu pagar seperti mahu menunggu kenderaan kluar…setelah agak lama dier menunggu, dier pon berlalu dari pintu pagar tu terus menuju ke pondok guard…

    suami saya pon bertanya,”kenapa kao berdiri di pintu pagar tu tadi?”sebaliknya dier pon bertanya pada suami saya,”kao nmpk tak ada perempuan turun dan lalu di sini?”lalu suami saya pon  berkata yg beliau tidak nmpk seseorang pon disitu kecuali mereka berdua…

    dlm kehairanan kwn suami saya pon berkata bahawa semasa dier sedang meroda tadi di tingkat atas,dier ternmpk seorang perempuan berbaju putih dan berambut pjg sedang turun tangga..dan semasa dier berada dibawah dier nmpk perempuan tadi menuju ke sebuah van…dan sebab itu lah dier tunggu dipintu pagar…untuk menunggu van tu kluar…

    setelah dier bercerita…suami saya pon mengusik dier dgn berkata,”alah!tu ur sis (cik kak) lar.”

    tapi ketika tu bulu roma suami saya dah berdiri…

    Written by admin on Sunday, May 27th, 2007 ( Start discussion )

    hello nunu here….
    i just wanna tell u that i think u need to stop for sometime to rest i dgr tu saya tk main2 u taking care ok..tawakal aje…tata…

    Conti KotoR..?

    Written by admin on Sunday, May 27th, 2007 ( Start discussion )

    Dari PraWanMaLam.

    Assalamualaikum, Zan..
    Ape jadi zan? Kene kacay lagi?

    Mungkin benda-benda ini kalau disebut-sebut selalu akan datang juga.
    Walaupun cerita-cerita itu semua bukan datang dari awak sendiri, oleh kerana
    awak penyamapinya, dia kacau awaklah. Mungkin juga conti ‘kotor’. Cuba
    lakukan sesuatu supaya awak tenteram di sana. Awak telah mengakhiri malam
    jumaat special. Di harap rancangan ini tidak akan dihentikan juga. Smeoga
    Allah melindungi kita semua pencinta cerita-cerita misteri, Amin.
    Sesungguhnya bukan niat kita untuk mengacau ‘mereka’ tetapi sekadar
    menceritakan tdan mendengar tentangnya sahaja.entangnya sahaja.

    Dari PraWanMaLam.

    Written by admin on Sunday, May 27th, 2007 ( 7 responses )

    Sesungguhnya kisah ini benar2 terjadi pada kami.

    Kisah bermula ketika aku baru berumahtangga, hampir setiap malam isteri ku sering diganggu oleh satu makluk halus. Selalunya makluk ini akan datang menganggu isteri ku takkala dia hampir mahu melelapkan mata untuk tidur. Seringkali ianya terjadi ketika isteriku seorang diri atau pun aku bersama nya. Sebelum makluk ini mengacau isteriku, terlebih dahulu diri ku seperti di pukau. Akan terasa sangat mengantuk dan terus tertidur dengan lenyaknya.

    Sebagaimana yang di ceritakan isteriku, makluk ini akan memulakan dengan menghampirkan muka nya seberapa dekat dengan muka beliau. Hingga dapat mendengar hembusan nafas nya dan terasa bulu yang panjang menyentuh kulit isteriku. Ia seakan ingin menakut2kan dengan ingin menunjukkan wajah nya. Pada mulanya isteriku hampir terpandang akan wajah nya yang besar dan berbulu.

    Dalam ketakutan isteriku akan cuba membaca surah ayatul Kudsi. Anehnya makluk ini tak akan beredar, malah ia akan membaca ayat itu bersama sama isteriku dengan lebih kuat lagi. Sememannya JIN telah ujud dan memahami ayat2 Allah terlebih dahulu dari kita manusia.

    Pernah juga ini terjadi ketika kami sedang berhoneymoon di Penang. Pernah suatu malam ketika isteriku sedang tidur, dia dikejutkan lalu terpandang akan lembaga putih yang bertoncet iaitu pocong. Ia berdiri disebelah katil yang dekat dengan isteriku baring. Lalu pocong itu meloncat loncat keluar melalui pintu bilik kami. Isteriku terpaku melihatkan kejadian itu tanpa boleh menutup mata atau berbuat apa2. Dia tidak dapat melelapkan mata hingga ke pagi.

    Rumah kami juga sering didatangi bau kemenyan yang sangat kuat sekali. Ketika aku sedang menceritakan kisah ini pada teman ku yang bertandang kerumah pada suatu malam, tiba2 bau kemenyan itu timbul hingga menakutkan kawan ku itu dan dia terus ‘cabut’ ketakutan.

    Perkara ini semangkin teruk dan sering pula berlaku. Lantas aku mula berikthiar lalu aku di perkenalkan kepada seorang ‘bomoh’. Cara pengubatan nya yang sungguh menakutkan………….

    (( bersambung ……………

    Abg ram

    Abg Ram

    Selepas magbrib, kami suami isteri pergi ke rumah bomoh seperti yang telah di janjikan. Setelah tiba di kawasan perumahan tempat tinggal rumah bomoh itu, kami mula berjalan berpusing pusing dan mencari numbor blok yang di beri. Tapi tak jumpa dan kami kepenatan.

    Kemudian kami berjumpa dengan seorang ‘abang’ yang berada di luar rumah ‘ground floor’ nya. Beliau sedang mengambil angin, mungkin baru habis makan malam.

    Saya bertanya, “boleh tumpang tanya, blok 123 (contoh) kat mana?” Dia melihat kami dengan kehairan lalu berkata, “ entah saya tak tahu, tak pernah dengar pulak. Mungkin di sana tak.” Kami suami isteri lagi hairan kerana dia tinggal kat block 122 (contoh), kenapa tak tahu kat mana block 123. Dalam kehairanan dan kebingungan, namun kami ikut arah yang dia tunjukkan. Kami berjalan kearah itu dan dapati number blok semangkin jauh. Dalam hati saya mengatakan tak mungkin kami berada di kawasan yang betul.

    Di situ kami berjumpa pula seorang wanita dan bertanyakan blok yang ingin kami tujui. Kami terperanjat apabila wanita ini menunjukkan ke kawasan yang kami berada tadi. Untuk memastikan perkara sebenar saya menalipon kerumah bomoh itu untuk meminta arahan ke rumah beliau.

    Lantas kami berpatah balik dengan perasaan yang tidak sedap seluruh badan, begitu juga isteri ku yang sememangnya dia selalu menjadi mangsa. Aku mula berselawat dan membaca ayatul kursi lantas memohon agar kami di temukan blok yang kami cari. Dengan harapan agar hajat dan niat kami tercapai.

    Kemudian kami terjumpa blok itu, ianya berada di sebelah block tadi. Lantas kami terus naik ke rumah bomoh itu. Setelah bertemu dengan bomoh itu, kami menceritakan pengalaman kami. Dia hanya tersenyum dan berkata, “ Sebenarnya saya tahu yang awak sedang di kacau oleh ‘benda’ itu, dia tahu yang awak nak datang ke sini dan dengan niat apa.” Kami rasa semankin takut.

    Lantas bomoh itu memulakan process ‘perubatan’nya. Setelah melakukan sesuatu, soalan pertama yang keluar dari mulut bomoh itu adalah, “dah berapa lama kawin, nak anak?” Pada mula nya kami tak mengerti apa maksud bomoh itu. Kami hanya menjawab, “mesti lah, orang kawin kan nak anak”.

    Kemudian bomoh itu menjelaskan apa yang berlaku. “Ada orang tak suka kau dua orang ni berkawin. Dia hendak kau selalu bergaduh tentang perkara2 yang kecil. Dia juga tak mahu kau ada anak. Dia hendak bikin isteri kau lemah semangat. Dia nak kacau kau supaya kau berdua tak aman dan macam2 lagi.”

    Kami suami isteri terperanjat dan berdiam sahaja, hanya berkata2 dalam hati, “betul jugak apa yang bomoh ni cakapkan.” Lantas saya berkata, “ Tolong lah kami agar itu semua dihindarkan”

    Untuk memulakan upacara beliau, dia ingin isteriku menjadi perantaraan antara dia dan sesiapa sahaja yang akan muncul dalam ‘seruan’ nya. Menjelaskan bahawa isteriku akan seperti berada di alam lain. Isteriku akan dapat melihat orang yang menyihirnya, atau bomoh yang di upah untuk melakukan sihir ini atau hantu2 peliharaan bomoh sihir itu yang sering menganggu.

    Isteri ku tak berani, lantas bomoh itu mengunakkan seorang gadis remaja untuk menjadi perantaraannya. Setelah process pemujaan dilakukan, sikit demi sedikit muncul seorang wanita pertengahan umur, hanya tinggal separuh wajahnya yang dapat di lihat. Namum dia dapat melepaskan diri.

    Lantas bercubaan yang kedua dilakukan. Kali ini muncul sesaorang, gadis remaja yang digunakan untuk pemujaan itu, mula menyangkong dan tangan kiri seperti memegang tombak lalu berkata seperti lelaki. Dengan lorat yang aku tak pasti dia berkata, “kenapa panggil aku?” Rupanya ini ada lah jelmaan bomoh yang di upah untuk menganggu isteri ku. Sebenarnya dia adalah bomoh berketurunan puak sakai.

    Bomoh sakai itu seperti memegang tombak. Bomoh ku mula berdialog dengan nya, menyuruh agar jangan menganggu kami lagi, namum bomoh sakai itu menolak. Kata nya, “orang itu sudah suruh, aku tak boleh apa2 lagi”. Bomoh ku melawan,” kau yang punya barang, takkan kau tak boleh buat apa2.” Dia juga sering memandang ke kanan tempat kami duduk dengan mata dan muka seperti benci melihat kami. Kami diam sahaja dengan perasaan takut.

    Setelah hampir satu jam mereka berdialog, pujuk rayu dan bertolak ansur. Semua tak menjadi, si bomoh sakai itu mula degil dan berkeras. Lantas tindakan keras juga diambil untuk menundukkan bomoh sakai itu.

    Berbagai cara dilakukan termasuk menggunakan keris kecil di cucuk dihujung kaki gadis yang menjadi jelmaan bomoh sakai itu. Dia menjerit sekuat2 hati dengan suara yang menakutkan. Ini lah pertama kali kami menyaksikan perkara seperti ini. Kemudian bomoh sakai ini seperti lemah dan tidak berdaya, lantas dia setuju dengan apa yang di suruh. Jangan menggangu kami lagi.

    Bomoh ku mengingatkan dia akan di seru lagi, disiksa dan dihapuskan jika melanggar perjanjian ini.

    Dengan kuasa Tuhan mulai hari itu tiada ganguan lagi. Alhamdullillah, kini kami bahagia aman damai dan dikurniakan dua orang anak, yang sulung berusia 14 tahun. Sekian.

    ((( Yan, sekarang saya hanya melakukan cara lain, boleh cuba …….

    – baca surah 3 Qul, Al-Qudsi dan Al-Bakarakh pada tempat air seperti perenjis gosokan baju lalu di spray keseluruh rumah, bilik tidur atau kawasan kerja anda (konti ke) , di mulakan dari arah kiri mengelilingi )))

    Written by admin on Sunday, May 27th, 2007 ( Start discussion )

    DJ Z!! kite ade recording time kt OCH haha ade mcm2 bunyi sey tapi tu
    recording pade kwn saye je die sorg je yang ade bab kte record kai mp3
    die..kte org pon ade dpt ambek gambr tapi tk tahu ade bende ape tah..lao nk
    nant saye email kt lu!!

    -batt ryuzaki-

    Written by admin on Sunday, May 27th, 2007 ( Start discussion )

    Hi, nama aku Sarina…
    Ada cerita ni, seram tau…

    Kisah ini berlaku dah lama dalam 11 tahun dahulu…. Masa tu aku masih anak dara belum berumahtangga… Waktu itu aku masih sekolah di menengah… Ia terjadi di rumah lama ku daerah town lah.. Aku suka tempat tu kerana depan blakang flat aku semuanye rumah terrace dan banglow… Environmentnye sungguh menarik…

    Ok, kembali kepada ceritaku…

    Setiap malam aku suka berganyut di telepon bersama kekasihku… Waktu tu tengah cinta monyet lah… Jadi aku kalau berganyot selalu tak menyedari masa… Sambil aku berbual di telepon aku suka mendengar radio Perfect Ten kerana siaran itu kan 24Jam… Jadi aku mendengarnye hinggalah aku ke sekolah pada esok harinye…

    Pada suatu hari aku terlupa untuk membuka radio dan terkusyhuk berbual bersama kawanku.. Pada pukul 3pagi aku dah rasa ngantok dan aku pun letak telepon dan tido… Masa tu aku betol dah ngantok malas nak buka radio dan tutup pintu bilik ku seblum tido… Katil aku kalau aku tido mengadap dapur kalau pintu aku terbuka lah… Bila aku lenyapkan mata… Alih alih aku mendengar suara… Suara tu memanggil namaku dengan pelahan ”Ina… Ina… Ina…” Tiga kali dan suaranye seperti seseorang di sbelah aku whispering… Kuat tau…Aku terus buka mata dan ingat maybe mak aku yang panggil… Tapi buluh romaku dah naik dan aku tak rasa sedap hati… Terpikir jap…??? Mak aku kalau panggil aku dari biliknye dia slalu pekik namaku atau masok ke biliku… Tapi ni takde orang pun… Aku bangun dengan tak hegeh-hegeh aku lari ke bilik mak dan melihat smua tengah tido… Aku pun terjun di sebelah mak aku dan kejut tuk menanyakan… “Mak, tadi mak panggil ina eh?” “Mak aku dengan muka nye yang baru sadar dari tido terpikir… “Huh?? Bila, kenapa?” Aku lihat wajah mak aku, aku peluknye dan tido disebelah dia… Keesokan hari aku bilang semua ahli keluargaku… Dan aku dapat melihat wajah mereka bertukaran manjadi tanda tanya… Dan malam tu semua pun camping pat dalam bilik aku… Kirakan nak menangkap lah benda yang memanggil namaku… hehehehe…. Tapi takde apa2… Entah lah pasal aku tertido siang dan lena kerana tahu ada guard pe dalam bilik aku… Jadi aku pun tak amek kisah… 

    Dan abang Zan, daerah sana kan pernah tau kita nampak kepala dengan badannye hingga buah dadanye gitu dekat park sana oopositenye temple cina… Tapi tak jelas sangat mukanye… Tapi kita lihat seperti Ah-Pek… Masa tu kita di dalam kenderaan jadi tak stop ah nak tengok… Kalau stop, dah lain cerita ah jadi nye….

    K, that’s all for now.. Abg zan, ina rasa kan title Misteri Jam 12 nak kene tukar lah… Tukar ke Kelakar Seram Jam 12….

    Misteri Jam 12

    Written by admin on Sunday, May 27th, 2007 ( One response )

    Hi Zan, this is VAL. I’ve actually got something bugging me for the longest since I listened to one of your segment, with regards to djinns raping people. The story I’m about to tell you is long, and I don’t expect you to read it to your listeners, but I sure hope that maybe you may make it aware to the World outside there, that such a thing exist and it’s consequences if it is not rid off, may proof to be fatal. Maybe throw it in on one of your Thurs nite special, about this form of “attacks”?)Here’s my story:

    Semasa tu saya masih dalam lingkungan remaja lagi, masih ingin ber-enjoy sama teman-teman, boleh di katakan, itu masa usia saya sedang ber-experiment dengan dunia.

    Saya ada berkenalan dengan seorang perempuan yang ibunya pernah berlakon cerita Melayu zaman 60an, bila umurnya masih kecil lagi. Ibunya adalah anak angkat kepada pelakon veteran wanita dan lelaki. Neneknya selalu bermainkan peranan jahat dalam cerita-cerita yang di lakonkannya pada masa itu. Pendik cerita, wanita di family ni, in real life, suka bermain dengan bomoh-bomoh dan ilmu hitam.

    Cucunya ini, katakan lah namanya Rina, telah attracted a wandering spirit suatu malam. Lama cuba mengobatinya, hinggalah ibunya mendapat pertolongan daripada seorang bomoh wanita yang sering di kunjunginya di seberang laut, di salah suatu kepulauan Indonesia.

    Mama saya pula, menghuatiri tingkah-laku saya yang sering ingin enjoy saja. Dia meminta pertolongan dari ibu Rina, supaya ada mendapat cara untuk menolong ubah cara hidup saya. Ibu Rina pun mencadangkan supaya saya berjumpa dengan bomoh ini yang akan datang ke Singapura dalam beberapa hari untuk mengobati Rina, yang sering di ganggu setiap malam oleh lembaga hitam yang akan datang menidurinya. Macam orang hilang akal jadinya Rina ini. 

    Hari yang disetujui ialah malam Jumaat. Hendak hentikan mama saya dari terus mengomel, saya setuju je untuk mandi ‘buang sueh’ lah kata mereka. Bukan apa, saya telah banyak kali di offer oleh ibu Rina untuk pakai susuk lah, gunakan minyak lah, pakai make-up yang telah di baca-baca, tapi setiap kali, saya menolaknya. Old fashion or rational thinking, walaupun saya tidak memegang agama saya dengan kuat, benda macam ini, ini bukan prinsip saya dan memang salah di pandangan setiap ugama.

    Jadi malam tu saya tunggu lah geliran saya untuk mandi. Lama jugak menunggu, bukan saya saja yang kena mandi hari tu. Rupa-rupanya ramai orang, terutama sekali kaum wanita turut mengambil giliran untuk mandi. Ada jugak muka famous di rumah Rina hari itu, yang datang dengan hajat mereka masing-masing.

    Bomoh itu memberitahu saya, saya akan memulakan ‘mandi’ pada tepat jam 12 malam, dengan menggunakan jus limau perut yang di campur dengan air biasa di dalam baldi.

    Kelakarnya tu, saya tidak di benarkan mandi berlampu, kena mandi dalam gelap dan tidak boleh bilas selepas tu lagi. Totally irritating!

    Itulah permulaan diri saya di kacau hampir setiap malam. Bukan buang sueh, tapi merasakan seperti menambah suih adalah. Saya putus cinta, teman-teman saya ada yang menghilangkan diri dari saya. Bercandu narkobah. Pekerjaan saya terhenti, susah pulak untuk mendapat kerja baru, dan kalau dapat, sekejap je berhenti. Boleh di katakan, hidup saya berpusing menjadi negative. Lama-kelamaan saya merasai diri saya seperti melalui depression lah, selalu sedih, memikirkan benda-benda yang tidak rational, sampai gagal dalam attempt untuk membunuh diri saya sendiri.

    Lebih 1 tahun saya melalui process ini, dengan hidup saya pada masa itu yang di rasai tidak tentu arah dan tujuan.

    Setelah mendapat tahu ada yang telah menghinggapi diri saya, oleh bomoh setengah masak, dengan cara yang tidak sengaja, mula lah saya berikhtiar untuk mengobati diri saya. Terimakasih kepada yang Maha Esa, saya sudah pulih, dan kehidupan saya mula menjalani ke daerah yang lebih positive.

    Sebanarnya apa yang telah berlaku ialah, dalam process ibu Rina mencari pertolongan dari bomoh dari Indon ini, mereka telah bersetuju untuk mengantikan tubuh, kalau lembaga itu boleh meninggalkan Rina. Jadi sayalah yang di arrow oleh mereka.

    Lembaga ini setelah saya menyelidiki, ianya ada yang jantan dan betina. Kalau dalam bahasa Ingeris, yang jantan di panggil occumbus dan betina, succumbus(spelling maybe wrong, but pronunciation similar). Mereka akan datang di dalam mimpi seseorang dan menjelma sebagai apa-apa rupa yang dapat mentenangkan fikiran si mangsa. Dengan cara meniduri si mangsa, mereka akan mengambil energi si mangsa itu dan hingga akhir, nyawa mangsa itu akan tewas. Processnya slow, tapi effecient, tidak sesiapa, termasuk si mangsa akan mengetahui apa yang di perlakukan ke atas dirinya. Walaupun ada pertanda-tanda masa mangsa sedar diri, tapi semuanya akan terasa seperti illusi atau mimpi.

    Cadangan tegas dari diri saya kepada mereka yang ada mengalami kejadian sebegini;

    i)   dapatkan lah rawatan dengan segera, sebelum ianya memakan diri anda. Tiada apa yang perlu di takutkan atau di malukan, ianya bukan perbuatan atau kemahuan anda sendiri.

    ii)  Dapatkan rawatan daripada yang pakar, bukan bomoh-bomoh setengah masak yang hanya meinginkan wang anda.

    iii) Kepada mereka yang gemar bermain dengan ilmu-ilmu mengunakan susuk atau minyak, sedar lah akan tindak-balas yang akan anda hadapi kemudiannya. Anda akan menjadi seperti lebah ke madu, sering saja di kunjungi momoks. Bersyukurlah dengan diri anda sendiri.

    iv) Kepada mereka yang suka bikin-bikin orang lain, tak takut ke kepada Tuhan anda? Tahu kah padah yang akan menuruni keturunan anda? Apa kepuasan yang akan dapat anda rasai? Walaupun apa rasa marah, hampa, kecewa anda rasakan kepada seseorang tu, jangan lah resort kepada ilmu hitam. Serahkan lah ia kepada Maha Esa untuk menolongi anda melalui perasaan itu.

    Datok Ku Seorang Penggali Kubur.

    Written by admin on Sunday, May 27th, 2007 ( Start discussion )

    Ceriita belaku 60 Tahun yang lalu.Menurut cerita ibuku kisah ini semasa datok ku
    sedang membersihkan kawasan tanah pekuburun,Datok ku melihat satu nisan yang
    agak usang,lalu datok ku tidak berfikir panjang lalu datok ku mencabut batu
    nisan itu dan meletakkan nya ditepi semak2.Apabila datok ku terasa agak letih
    ia terus pulang ke rumah.Pada malam itu ibu ku bermimpi didatangi seorang pemuda
    yang aneh dalam segi pakaian yang cukup indah,yang tidak ada bandingan di dunia ini.
    Pemuda itu ingin berjumpa dengan datok ku tetapi yang hairan bagaimana ibuku
    didatangi pemuda ini,sedangkan yang membuat kesilapan datok ku.Pemuda itu pesan pada ibuku
    supaya kembalikan rumahnya.Lalu ibu pun terbangun.Esoknya ibuku memberitahu
    datok tentang kedatangan pemuda itu.Dan ibuku bertanya pada datok ku yang apa
    datok telah buat di perkuburan.Dan datok terus teringat bahwa dia telah
    membuat satu kesilapan.Datok terus kesana untok meletakkan batu nisan itu
    di tempat asalnya.Malam itu ibu ku bermimpi didatangi pemuda itu lagi
    dan ia mengucapkan terimaksih pada ibu ku. 

    Wordpress theme offered by MyDaysOf.com